Motivasi pelajar dan ibu bapa tahun 6 kali pertama telah berjaya diadakan di Dewan Seri Mawar pada 27 Januari 2011 (Khamis). Motivasi ini bertujuan untuk:
- Membentuk semula sikap anak-anak agar berusaha gigih demi masa depan mereka.
- Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
- Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran.
- Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.
- Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.
- Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
- Mengasah kemahiran belajar.
- Mengajar strategi belajar.
- Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.
- Memartabatkan maruah bangsa dan agama.
Penceramah yang diundang ialah Tuan Haji Ghazali bin Ismail. Penyampaian yang bersahaja dan diselang-selikan dengan jenaka telah berjaya menarik minat pelajar dan ibu bapa penjaga untuk mengikuti program ini hingga keakhirnya. Diharapkan agar pelajar-pelajar tahun 6 dapat mengikuti saranan-saranan dan nasihat yang telah diberikan oleh penceramah agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik serta mempunyai sahsiah yang terpuji disamping menjadi anak yang soleh/solehah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan