SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 21 Oktober 2009

Sambutan Aidil Fitri & Majlis Meraikan Kehadiran Tuan Guru Besar

Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah dan Majlis Meraikan Kehadiran Tuan Guru Besar telah diadakan pada 16 Oktober 2009. Majlis pada hari tersebut telah dimulakan dengan acara Khatam Al-Quran yang disertai oleh pelajar tahun 4, 5 dan 6. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBH Dato' Zulkifli bin Ismail ( bapa angkat SK Seri Mawar), Encik Mohamed Kimin (wakil Adun Kawasan Sungai Air Tawar) , Puan Rohani binti Marjuki ( wakil PPD) dan Tuan haji Kamaruddin bin Haji Abdullah (mantan Guru Besar).

Selasa, 20 Oktober 2009

SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI

Tiga orang warga SK Seri Mawar akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 23 Oktober 2009. Mereka ialah Encik Borhan Nordin Bin Dimyati dan pasangannya iaitu Puan Lasmiati binti Mokhtar. Manakala seorang lagi yang sedang menunggu tarikh penerbangan ialah Encik Abu Shairi bin Mansor. Tahniah diucapkan. Warga SK Seri Mawar mendoakan agar mereka mendapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.