SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 31 Mac 2010

Keputusan Rasmi Pusingan Pertama Kejohanan Bola Sepak MSSD (R) Sabak Bernam




Kejohanan Bola Sepak MSSD (R) Sabak Bernam 2010

Kejohanan Bola Sepak MSSD (R) Sabak Bernam sedang berlangsung di SK Seri Mawar. Sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Sebagai tuan rumah SK Seri Mawar mengalu-alukan kehadiran kesemua pasukan yang bertanding.

Pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada SK Binjai Jaya, SK Batu 38, SK Simpang Lima dan SJK (T) Ladang. Kumpulan B pula terdiri daripada SK Seri Mawar, SK Sungai Leman, SK Parit 6 dan SK Seri Sekinchan. Menganggotai kumpulan C ialah pasukan SK Seri Utama, SK Simpang 4 BNO dan SK Khir Johari. SK Dr Abdul Latif, SK Dr. Ismail dan SK Pasir Panjang pula di dalam kumpulan D.








Pertandingan dijalankan di dua padang iaitu di padang SK Seri Mawar dan Padang SK Parit Baharu. Kumpulan B dan D bermain di padang SK Seri Mawar manakala kumpulan A dan C bermain di padang SK Parit Baharu.

Rabu, 10 Mac 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak


Pasukan SK Seri Mawar



Pasukan SK Simpang 4 BNO

Penjaga gol dan penyokong


Perlawanan persahabatan bola sepak antara SK Seri Mawar dan SK Simpang 4 BNO telah dilangsungkan pada 10 Mac 2010 (Rabu). Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai pemanas badan sebelum pertandingan sebenar yang akan dilangsungkan pada penghujung Mac ini. Sebagai tuan rumah Kejohanan Bola Sepak MSSD(R) Sabak Bernam, SK Seri Mawar pastinya perlu menyediakan pasukan yang boleh dibanggakan.

Sepak mula telah dimulakan pada pukul 5 petang. Sorakan penonton yang gamat telah mengiringi pasukan bola sepak SK Seri Mawar telah menaikkan moral dan semangat pasukan sekolah.

Walaupun pasukan lawan cuba memberi tentangan namun mereka terpaksa akur dengan kehebatan pasukan SK Seri Mawar. Perlawanan terpaksa ditamatkan awal kerana hujan, Keputusan muktamad ,pasukan SK Seri Mawar telah menewaskan pasukan SK Simpang 4 BNO dengan jaringan 5-0.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemain. Semoga kemenangan ini akan meningkatkan moral dan semangat para pemain menjelang kejohanan yang sebenar nanti.

Selasa, 9 Mac 2010

Majlis Penyerahan Anak Angkat 2010




Pada 8 Mac 2010 telah diadakan Majlis Penyerahan Anak Angkat secara rasmi yang dilangsungkan di dataran perhimpunan SK Seri Mawar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar dalam UPSR yang akan menjelang tiba. Tidak semua pelajar tahun 6 terlibat dalam program ini. Seramai 35 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai program ini. Manakala 15 orang lain telah dipilih untuk memasuki kelab elit UPSR. Diharapkan dengan beribu dan berbapakan angkat guru-guru ini, pelajar-pelajar ini akan lebih bersemangat untuk memburu kejayaan khususnya dalam bidang akademik.

Jumaat, 5 Mac 2010

Sambutan maulidur Rasul 1431 Hijrah

Perarakan dan bacaan salawat.



Ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohd Farid Dawam




Para "kejobos"


Sambutan memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW telah diadakan dengan meriahnya pada 4 Mac 2010. Seekor lembu (sumbangan Mantan Guru Besar , Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah) telah ditumbangkan sempena memperingati peristiwa kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Terima kasih Tuan Haji.

Maulidur Rasul
yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w . Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Majlis dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh semua pelajar, ibu bapa/penjaga dan semua guru . Menyusul kemudiannya ceramah Maulidur Rasul yang telah disampikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohd farid bin Dawam (Pensyarah Politeknik Sabak Bernam). Hadirin kemudian disajikan hidangan jamuan nasi minyak.

SK Seri Mawar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut khususnya kepada para 'kejobos' yang tidak mengenal penat , terima kasih daun keladi kami ucapkan. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik tuan/puan.