SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 30 Mac 2009

Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor.





Seramai 10 orang pelajar telah menghadiri Program Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Wisma Tan Sri Rozali ,Persiaran Sukan , Seksyen 13, Shah Alam pada 29 Mac 2009 (Ahad) di atas jemputan SYABAS. Program anjuran SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) ini telah menyediakan beberapa acara yang telah turut disertai oleh pelajar-pelajar SK. Seri Mawar. Antaranya adalah seperti pertandingan ‘puzzle’ , melukis poster, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Dalam acara tersebut, beberapa orang pelajar SK.Seri Mawar telah berjaya memenanginya dengan mendapat johan dan naib johan. Tahniah diucapkan.

Isnin, 16 Mac 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan Sesi 1 2009





Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Fasa 1 telah diadakan pada 14 Mac 2009. Ini merupakan sesi pertama daripada 4 sesi yang diwajibkan kepada pihak sekolah untuk melaksanakannya. Untuk sesi 1 , tajuk kursus yang dijalankan adalah Headcount, PATS, dan Pengurusan Fail. PATS disampaikan oleh Encik Mohd Feisal bin Mohd Pop, Headcount pula telah disampaikan oleh Puan Rafidah binti Roslay manakala pengurusan fail pula telah disampaikan oleh Ketua Unit Kualiti PPD Sabak Bernam. Latihan Dalam Perkhidmatan Sesi 2 akan menyusul kemudian.

Sabtu, 14 Mac 2009

Sambutan Maulidurrasul 2009










Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Mac 2009 (Jumaat). Majlis ini ini telah dianjurkan bersama oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dan Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar. Majlis dimulakan dengan perarakan dari sekolah ke masjid Ar-Rahmaniah yang telah disertai bersama oleh ibu bapa dan penjaga murid. Pihak polis , Balai Polis Sungai Air Tawar juga telah memberikan kerjasama dengan mengawal lalu lintas semasa perarakan iitu dijalankan. Ceramah Maulidurrasul pula telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad Murad bin Sadikin. Pihak sekolah merakamkamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan maslis tersebut.