SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 9 Ogos 2012

GPK Kurikulum Baru

Warga SK Seri Mawar mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada GPK Kurikulum yang baru iaitu Encik Mohd Yasin bin Rustam. Beliau menggantikan Encik Mahfot bin Juni yang telah bersara wajib baru-baru ini. Selamat datang dan selamat bertugas.

Khamis, 26 Julai 2012

Selamat Berhijrah

Dua orang guru SK SERI MAWAR telah berhijrah ke sekolah lain. Mereka ialah Encik Mohd Roslan bin Abdul Rahman yang berpindah ke SK SERI CAMPAKA dan Puan Hajah Lasmiati binti Mokhtar , berpindah ke SK TEBUK JAWA. Kedua-dua mereka beropsyen bahasa Inggeris. Selamat bertugas di tempat yang baharu diucapkan kepada mereka.
ENCIK MOHD ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN

PUAN HAJAH LASMIATI BINTI MOKHTAR

Khamis, 2 Februari 2012

Isnin, 16 Januari 2012

Penyampaian Hadiah Kejohanan Merentas Desa 2012



Isnin -16 Januari 2012, telah dilangsungkan acara penyampaian hadiah untuk pemenang merentas desa peringkat sekolah yang telah dijalankan pada 11 Januari 2012 yang lalu. Seramai 30 orang murid telah menerima pingat dan hadiah masing-masing dan 12 orang daripada mereka akan mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah yang akan diadakan di SK Sg Haji Dorani pada 19 Januari 2012. Tahniah diucapkan dan selamat berjuang untuk mengharumkan nama SK Seri Mawar.

Guru Besar Baru


Warga SK Seri Mawar mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Tuan Haji Kamarol Zaki bin Abdul Malik, PJK.

Khamis, 12 Januari 2012

Kejohanan Merentas Desa 2012

Aktiviti Kokurikulum SK Seri Mawar membuka tirai dengan mengadakan Kejohanan Merentas Desa pada 11 Januari 2012. Kejohanan ini telah dilangsungkan pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 5. 30 petang.