SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 17 September 2009

SALAM AIDIL FITRI 1430 H


Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

SK SERI MAWAR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA ADIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Masih Ada Yang Sayang

Sempena menjelangnya 1 Syawal 1430 H , SK Seri Mawar telah mengadakan kutipan derma anak yatim di sepanjang bulan ramadhan. Kutipan derma daripada warga SK Seri Mawar selama sebulan ini kemudiannya telah disampaikan kepada anak-anak yatim tersebut. Satu majlis khas telah diadakan untuk tujuan tersebut. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat serba-sedikit membantu menceriakan Aidil Fitri ayang akan disambut beberapa hari lagi. Terima kasih kepada yang sudi menyumbang. Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan mendapat ganjaran Allah SWT. Sesungguhnya, masih ada yang sayang.

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009

Majlis Penutupan Sambutan Bulan kemerdekaan 2009 telah diadakan pada 16 September 2009. Berbagai acara telah dijalankan untuk memeriahkan majlis tersebut. Antaranya termasuklah pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan lagu patriotik, pertandingan menghias kelas dengan jalur gemilang, pertandingan mewarna dan pertandingan melukis poster. Disamping itu juga, tayangan filem mengenang detik kemerdekaan turut diadakan. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurkan oleh Tuan Guru Besar. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi di lain masa.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !