SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Selasa, 24 Februari 2009

Pelancaran Minggu Anti Dadah & Program Nilam

Pelancaran Program Anti Dadah dan Program Nilam telah dilancarkan serentak pada 23 Februari 2009. Beberapa aktiviti telah dijalankan semasa program ini dilancarkan. Untuk Program Anti Dadah , bacaan perutusan anti dadah telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum iaitu Puan hajah Rokaayah binti Ahmad. Selain itu , sebuah sajak juga telah dideklamasikan oleh seorang pelajar iaitu Zikri Afifi bin Azlan.

Untuk Program Nilam pula, sebuah 'banner' telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar selain nyanyian koir yang disampaikan oleh pengawas pusat sumber sekolah.

Isnin, 16 Februari 2009

Lawatan Pegawai Perhubungan Awam PDRM SK.Seri Mawar


Pada 16 Februari 2009, SK. Seri Mawar telah dikunjungi oleh Pegawai Perhubungan Awam PDRM dari IPD Sabak Bernam. Beliau ialah Sarjan Norham bin Kosnan. Kehadirannya ke Sk. Seri Mawar adalah untuk memperkenalkan diri dan memberi sedikit ceramah serta nasihat kepada warga SK. Seri Mawar tentang peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh murid-murid. Ceramahnya juga ada menyentuh tentang keselamatan murid-murid semasa pergi dan balik dari sekolah. Semoga dengan adanya kerjasama dari semua pihak, iklim disiplin di SK. Seri Mawar yang baik ini akan bertambah baik lagi di masa akan datang.

Selamat Datang Puan Hajah Rokaayah binti Ahmad

Warga SK. Seri Mawar mengucapkan selamat datang kepada Puan Rokaayah binti Ahmad. Beliau yang melaporkan diri secara rasmi pada 16 Februari 2009 adalah Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baru, menggantikan Encik Abdul Basir bin Hassan yang telah bersara wajib baru-baru ini. Semoga dengan kehadiran beliau, bidang kokurikulum di sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang. Selamat datang dan selamat bertugas di SK.Seri Mawar.

Jumaat, 13 Februari 2009

Lensa Kamera _Mesyuarat Agung PIBG 2009 (13 Januari 09)

Di meja pendaftaran

Kaum ibu yang hadir


Yang Dipertua PIBG (En. Mohd Safuan bin Dimyati)


Wakil Pegawai PPD Encik Abdul Halim bin Marzuki


Penyampaian cenderahati


Barisan AJK PIBG


Tuan Guru Besar di samping barisan AJK PIBG

Barisan AJK PIBG

Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG SK.Seri Mawar 2009

Tarikh : 13 Februari 2009
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Seri Mawar
Perasmi : Puan Pegawai Pelajaran Daerah

Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir.

Ragbi MSSD(R) 2009

Buat pertama kalinya pasukan ragbi SK.Seri Mawar menyertai pertandingan Ragbi MSSD (R). Kejohanan ini telah diadakan di SK.Seri Utama pada 11 dan 12 Februari 2009. Memandangkan ini merupakan cubaan pertama pasukan SK.Seri Mawar, maka keputusannya sudah boleh diduga. Apapun tahniah kepada pasukan ragbi SK.Seri Mawar di bawah bimbingan Encik Halmi bin Saryan kerana keberaniannya untuk mencuba.

Road Run MSSD (R) 2009


Tempat kedua keseluruhan (perempuan bawah 12 tahun). Itulah keputusan yang dibawa pulang oleh pasukan "road run" SK.Seri Mawar.Walaupun pasukan lelaki gagal membawa pulang sebarang medal, kejayaan pasukan perempuan ini telah berjaya mengubat kekecewaan itu. Pertandingan yang dijalankan di SJK(T) Ladang Torkinton, Sabak Bernam pada 6 Februari yang lagi telah menghasilkan 2 butir permata yang akan mengharumkan lagi nama SK.Seri Mawar. Mereka terdiri daripada Nurul Syakira binti Abdullah dan Manimegalal a/p Muthu. Mereka akan mewakili daerah Sabak Bernam dalam Kejohanan Road Run MSSS di Daerah Hulu Selangor pada 14 Februari 2009 .Selamat berjaya diucapkan.