SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 16 April 2009

Hoki MSSD (R) Sabak Bernam 2009 ( P) Bawah 12 Tahun

16 April -Laporan hari kedua.

Alhamdulillah cuaca hari ini baik dan cerah. Namun begitu keadaan padang masih lagi becak. Kalau semalam hanya air yang bertakung tapi hari ini, lumpur telah naik ke permukaan padang. Sebelum aksi bermula kelihatan sekumpulan pengadil yang budiman menimba air bercampur lumpur di hadapan gol untuk memastikan perlawanan berjalan dengan lancar. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha dan inisiatif pengadil-pengadil yang budiman ini.
Detik di hati membisikkan , para pemain hari ini akan berbedakkan lumpur. Detik hati itu akhirnya menjadi kenyataan apabila aksi pertama bermula antara pasukan tuan rumah iaitu SK. Seri Mawar menentang pasukan SK. Seri Utama. Padang yang berlumpur mengakibatkan para pemain lebih banyak memukul lumpur jika dibandingkan dengan memukul bola. Lebih mengharukan apabila bola tersekat di lopak lumpur. Masing-masing mempamerkan aksi ala-ala 'membajak sawah' mengakibatkan lumpur terpercik dan menghiasi muka para pemain. Apapun itulah hakikat yang terpaksa di terima oleh semua pasukan. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Keputusannya perlawanan antara SK. Seri Mawar menentang SK. Seri Makmur seri tanpa jaringan.
Aksi kedua menyusul . SK Seri Mawar sekali lagi turun dan kali ini menentang pasukan SK Simpang Lima. Permainan yang dipamerkan agak menarik dengan serangan bertubi-tubi kali ke arah kubu SK Seri Mawar. Namun SK Seri Mawar kebal menyerap asakan lawan. Di penghujung aksi kubu SK Seri Mawar bocor juga. Keputusannya SK Simpang Lima berjaya menewaskan SK Seri Mawar dengan jaringan 1 - 0.
Aksi ketiga yang juga merupakan aksi terakhir adalah antara SK Simpang Lima menentang SK Seri Makmur. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Sama hebat, sama kuat maklumlah kedua dua pasukan ini dilatih oleh sepasang suami isteri (Encik Samad Yahya dan pasangannya). Sama-sama tidak mahu mengaku kalah, akhirnya keputusannya berkesudahan seri 1 - 1.
Berdasarkan keputusan-keputusan ketiga-tiga perlawanan , johan telah disandang oleh SK Simpang Lima mengumpul 4 mata hasil satu kemenangan dan satu seri. Naib johan pula disandang oleh SK Seri Makmur dan SK Seri Mawar menduduki tempat yang ketiga. Keputusan ini sebenarnya telah mengulangi keputusan pasukan lelaki yang dilangsungkan semalam.


Johan SK Simpang Lima


Majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Saroni bin Tasuki yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Dalam ucapannya, Tuan Haji Saroni bin Tasuki menaruh harapan yang tinggi agar pemain hoki yang terpilih mewakili Daerah Sabak Bernam ke kejohanan peringkat Negeri Selangor dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dan seterusnya dapat mengharumkan nama Daerah Sabak Bernam.
Tetamu Yang Hadir

Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Haji Saroni Tasuki

Upacara Penyampaian Hadiah


Pemain Hoki Daerah Sabak Bernam (P) Bawah 12 Tahun
Setelah dua hari berhujan dan berpanas, akhirnya pada pukul 1.20 petang Kejohanan Hoki MSSD (R) Sabak Bernam 2009 melabuhkan tirai dengan pengumuman 18 orang pemain yang berjaya terpilh mewakili Sabak Bernam. Tahniah dan syabas diucapkan. Dibahu anda kini tergalas nama Sabak Bernam yang perlu anda harumkannya di Kejohanan Peringkat Negeri.

Penyokong Fanatik SK Seri Mawar

Candid - Nak interframe juga.


Di kesempatan ini, pihak urusetia kejohanan ingin merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Mohon maaf di atas segala kekurangan. Bawalah pulang segala kenangan yang manis dan indah di SK Seri Mawar dan ceritakanlah ke seluruh alam. Sebaliknya ,tinggalkanlah sahaja kenangan yang pahit dan pedih tuan/puan di pintu pagar SK Seri Mawar agar kami dapat membuangkannya jauh-jauh dari hati dan sanubari. Mohon maaf sekali lagi dan terima kasih.

Rabu, 15 April 2009

Laporan Kejohanan Hoki MSSD (R) Sabak Bernam 2009

Hari Pertama 15 Aril 2009 ( Rabu)- Lelaki bawah 12 tahun.
Walaupun padang Seri Mawar dihujani selama hampir 4 jam , Kejohanan Hoki MSSD (R) tetap dijalankan dengan meriah. Keadaan padang yang sedikit becak dan ditakungi air, tidak melemahkan semangat para pemain yang mewakili sekolah masing-masing untuk bermain dengan penuh bersemangat. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan kejohanan ini lewat dimulakan. Perlawanan pembuka tirai hanya dapat dilangsungkan kira-kira pada pukul 10.00 pagi antara pasukan tuan rumah iaitu SK. Seri Mawar bertemu dengan SK. Seri Utama. Keputusannya memihak kepada SK. Seri Mawar dengan jaringan 1-0 .
"Kita mendapat kemenangan kali pertama". Begitulah jerit penyokong-penyokong SK. Seri Mawar.
Seterusnya diikuti perlawanan antara SK. Simpang Lima bertemu dengan SK. Seri Makmur. Perlawanan yang hebat itu berakhir dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.
SK. Seri Mawar turun untuk kali yang kedua bertemu dengan pasukan SK. Seri Makmur dalam perlawanan yang ketiga. Kedua-dua pasukan mempamirkan permainan yang sama hebat. Namun di saat-saat akhir permainan, berlaku pergelutan di depan pintu gol dimana akhirnya SK. Seri Makmur dapat menjaringkan gol.
Namun jaringan itu agak sedikit kontrovesi kerana pada pandangan mata kasar dan komen para pemain SK. Seri Mawar, bola itu sebenarnya belum lagi masuk ke dalam gol. Apakan daya, wisel telah pun ditiup. Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, SK. Seri Mawar terpaksa akur dengan kekalahan 1- 0 yang kontrovesi ini.

Perlawanan yang keempat pula adalah di antara pasukan SK. Simpang Lima menentang pasukan SK. Seri Utama. Perlawanan berkesudahan dengan jaringan 1 - 0. Kemenangan di tangan SK. Simpang Lima.

Aksi sebelah petang bersambung. Namun sekali lagi hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan perlawanan seterusnya terpaksa ditangguhkan. Perlawanan hanya dapat dilangsungkan pada pukul 3. 30 petang. Pertemuan pasukan tuan rumah iaitu SK. Seri Mawar dengan pasukan SK. Simpang Lima berakhir dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan. Keadaan padang yang semakin becak menyebabkan para pemain tidak dapat mempamerkan skil-skil menarik seterusnya menyebabkan permainan menjadi kurang menarik.

Penalti flick menjadi penentu

Johan , SK. Simpang Lima
Keputusan seri tanpa jaringan juga antara SK Simpang Lima dan SK Seri Utama pada aksi perlawanan terakhir menyebabkan kedudukan pungatan mata terikat. Untuk menentukan tempat pertama dan kedua antara SK. Simpang Lima dan SK. Seri Utama penalti flick menjadi penentuannya. Di akhir aksi penalti flick, akhirnya kemenangan menjadi milik SK. Simpang Lima dengan jaringan 3 - 2.

Kedua, SK Seri Makmur

Ketiga, SK. Seri Mawar

Johan Kejohanan Hoki MSSD (R) Sabak Bernam 2009 secara rasminya adalah milik SK. Simpang Lima. Naib Johan milik SK. Seri Makmur, dan tempat ketiga dikongsi bersama oleh SK. Seri Mawar dan SK. Seri Utama. Kesemua hadiah dan sijil pemenang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK. Seri Mawar iaitu Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah, PPT . Syabas dan tahniah diucapkan.

Pemain-pemain yang berjaya mewakili Sabak Bernam

Di akhir kejohanan juga telah diumumkan 18 orang pemain yang akan menggalas nama Daerah Sabak Bernam ke Kejohanan Hoki Peringkat Negeri Selangor . Tahniah dan syabas kepada yang telah terpilih mewakili pasukan daerah. Semoga pasukan ini dapat meraih kejayaan di peringkat negeri seterusnya mengharumkan nama Sabak Bernam dalam Kejohanan Hoki MSSS .

Ahad, 12 April 2009

Hoki MSSD (R) Sabak Bernam 2009

SK Seri Mawar akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Hoki MSSD (R) Sabak Bernam yang akan dilangsungkan pada 15 dan 16 April 2009.
Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah seperti SK Seri Utama, SK Seri Makmur, SK Simpang Lima, dan SK Seri Mawar yang juga merupakan tuan rumah untuk kejohanan kali ini. Apa yang diharapkan agar kejohanan kali ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan hoki untuk diketengahkan ke peringkat negeri. Kepada sekolah-sekolah yang turut serta dalam kejohanan ini, selamat datang dan selamat bertanding diucapkan.
Laporan lanjut kejohanan secara bergambar akan disiarkan di dalam blog ini. Tungguuuuuu.....

Bola Sepak MSSD (R) Sabak Bernam 2009

Pada tarikh 6 hingga 9 April 2009, pasukan bola sepak SK.Seri Mawar telah menyertai pertandigan bola sepak MSSD (R) Sabak Bernam yang dilangsungkan di SK Parit Baru.
Pasukan yang dibimbing oleh beberapa jurulatih ini telah menunjukkan kesungguhan dan iltizam yang tinggi dalam setiap perlawanan yang dilalui. Walau bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi pasukan ini. Pasukan ini berjaya mara ke peringkat suku akhir tetapi terpaksa akur dengan kelebihan pasukan SK Binjai Jaya. Apapun tahniah kepada semua pemain dan jurulatih yang membimbing pasukan ini. Cuba lagi di tahun hadapan.

Isnin, 6 April 2009

Pentauliahan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah 2009.

Kopral Rajaie Hadi bin Kamaruszaman

Kopral Ahmad Shahrul Aizad bin Yen


Dua orang pelajar SK. Seri Mawar telah berjaya ditauliahkan pangkat kopral baru-baru ini. Mereka ialah Ahmad Shahrul Aizad bin Yen dan Rajaei Hadi bin Kamaruszaman. Mereka ditauliahkan pangkat kopral setelah menghadiri Kursus Pentauliahan Pangkat yang diadakan di Pusat Kokurikulum Sabak Bernam pada 24 hingga 26 Mac 2009. Tahniah diucapkan.

Kejohanan Olahraga MSSD (R) Sabak Bernam 2009



Dua emas, dua perak dan 1 gangsa. Itulah pencapaian yang telah dibawa pulang oleh kontijen olahraga SK.Seri Mawar . Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama SK.Seri Mawar dalam bidang olahraga. Tidak lupa kepada jurulatih yang telah bertungkus lumus melatih atlet sekolah. Tahniah dan terima kasih diucapkan.

Jumaat, 3 April 2009

JAWANKUASA INDUK KOKURIKULUM

PENASIHAT
TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI ABDULLAH,PPT
Guru Besar SKSM

NAIB PENGERUSI
PUAN HAJAH ROOKAYAH BINTI AHMAD
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

ENCIK MAHFOT BIN JUNI,PPT
Guru Penolong Kanan Kukurikulum

ENCIK HALIB BIN SETAN
Guru Penolong Kanan HEM

SETIAUSAHA
ENCIK HALMI BIN SARYAN

NAIB SETIAUSAHA
ENCIK BORHAN NORDIN BIN DIMYATI

AHLI JAWATANKUASA
ENCIK AZMON BIN HAJI AMAT KAMARI - PENYELARAS UNIT BERUNIFORM.
ENCIK RAJA ZAINALABIDIN BIN RAJA MAHMUD - PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN.

PUAN HAJAH NORMADIAH BINTI WAHID -PENYELARAS KELAB & PERSATUAN
ENCIK HAMIDI BIN MOHD NASIR - S/U UNIT BERUNIFORM
ENCIK OKHTAR BIN MAHMUD - S/U SUKAN DAN PERMAINAN
ENCIK MOHD JARJANI BIN ABAS - S/U UNIT KELAB DAN PERSATUAN
ENCIK MOHD ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN
ENCIK MIS MAN BIN ABDUL JALIL
PUAN AZIMMAH BINTI MESVAN
PUAN LASMIATI BINTI MOKHTAR
PUAN SALIHAH BINTI MOHD NOOR
PUAN AZHARIAH BINTI A.BENI
ENCIK OHD CUKRI BIN ABDUL RANI