SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 1 Mei 2009

Kenali SKSM

VISI
Sekolah Kebangsaan Seri Mawar, Sungai Air Tawar, cemerlang menjelang tahun 2010


MISI
Merealisasikan sistem pendidikan negara untuk melahirkan insan yang mempunyai kebolehan dan kemahiran, memenuhi aspirasi dan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.


OBJEKTIF
Mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai 3M.

Melahirkan murid yang berilmu,bernilai murni, berdaya maju dan tahu mengamalkannya.

Melahirkan masyarakat sekolah yang penyayang,amanah,jujur,dan ikhlas berlandaskan prinsip permuafakatan tanpa paksaan.
Kecemerlangan UPSR khasnya dan PKBS amnya.



LAGU SEKOLAH
Berilmu dan berbakti
Cogan kata sekolah kami
Sekolah yang disayangi
Mula-mula kenal ABC
Tulis baca dan kira
Bersopan berbudi bahasa
Hormat sayang sentiasa
Tidak kira di mana berada
Kami harapan bunga bangsa
Jasa guru tidak lupa
Telah mendidik kami semua
Menjadi manusia yang berguna
Itulah harapan ibu pertiwi
Negara makmur yang tercinta
Seri Mawar harum wangi
Wawasan indah maju jaya



IKRAR GURU SK.SERI MAWAR
Bahawa Kami
Guru-Guru Sek. Keb. Seri Mawar
Berikrar
Berhasrat Dan Berjanji
Dengan Sesungguhnya
Akan Melaksanakan Tugas Kami
Memberikan Pendidikan Yang Berkualiti
Kepada Murid-Murid Sekolah Ini
Dengan Penuh Amanah, Jujur, Ikhlas Dan Bertanggungjawab
Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
Yang Berteraskan Kepada
Profesionalisme Perguruan
Dan
Falsafah Pendidikan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan