SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Ahad, 31 Mei 2009

Hari Guru 2009

Hari Guru disambut setiap 16 Mei setiap tahun. SK Seri Mawar juga tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis tersebut. Sambutan hari Guru peringkat sekolah yang bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" telah diadakan pada 18 Mei 2009. Acara dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Diikuti dengan ucapan wakil pelajar, ucapan Tuan Guru Besar, ucapan Yang Dipertua PIBG, bacaan Perutusan Hari Guru, nyanyian lagu Guru Malaysia dan ikrar guru. Kemudiannya para guru SK Seri Mawar telah mengabadikan kenangan dengan mengadakan sesi fotografi.

Tamat acara dewan, guru-guru , kakitangan serta ajk PIBG mengadakan perlawanan bola sepak. Setelah berhempas pulas di padang, para guru dan kakitangan serta ajk PIBG dihidangkan pula dengan dengan acara sukaneka. Ternyata acara-acara sebegini amat menarik dan menghiburkan dan secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan sesama guru. Suasana yang menghiburkan ini memberi peluang kepada semua guru untuk mengurangkan sedikit 'stress' tugasan saban hari. Kegembiraan diteruskan dengan acara bertukar-tukar hadiah yang diadakan secara undian. Majlis yang dianjurkan bersama oleh BAKAT (Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan) dengan kerjasama PIBG ini juga telah dikunjungi oleh pihak Bank Rakyat Sungai Besar dengan menghadiahkan kek sempena Hari Guru. Terima kasih diucapkan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari. Kepada semua guru, "SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU".




Lensa kamera - Hari Guru



Info Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan