SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 21 Ogos 2009

Boss Baru SK Seri Mawar


SK Seri Mawar mendapat Boss (Guru Besar) baru. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Mohd Zailani bin Akhyar. Bekas guru besar SK Simpang 4 BNO yang terkenal dengan kelestarian dalam 3K ini telah melaporkan diri ke SK Seri Mawar pada 17 Ogos 2009. Warga SK Seri Mawar mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada beliau. Semoga dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Zailani ini ,dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Seri Mawar.

Khamis, 20 Ogos 2009

Hadirmu Ramadhan Al-Mubarak

Andai tiada apa halangan insyaAllah kita akan menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Penuhilah ia dengan amalan kebaikan. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK

Sabtu, 15 Ogos 2009

Majlis Persaraan Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah PPT - Guru Besar SK Seri Mawar 2009

Persaraan Tuan Guru Besar SK Seri Mawar , Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah, PPT telah diadakan secara gilang-gemilang pada 14 Ogos 2009 ( Jumaat). Majlis turut dihadiri Puan Hajah Shamsiah binti Dato' Jamaluddin ( PPD Sabak Bernam), YBH Datuk Dzulkifli bin Ismail yang juga merupakan bapa angkat SK Seri Mawar, Wakil Khas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Encik Mohd Safuan bin Haji Dimyati (Pengerusi JKKKP), Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Tuan Haji Darmin bin Lagiman (Mantan Ketua Kampung SG. Air Tawar) dan Guru-guru Besar Daerah Sabak Bernam . Acara dimulakan dengan perarakan masuk Tuan Guru Besar dengan diiringi paluan kompang oleh pasukan kompang SK Seri Mawar.

Tuan Haji Kamaruddin yang segak berbaju melayu berwarna hijau turut diiringi oleh isteri tersayang iaitu Puan Hajah Zaiton dan tujuh daripada lapan orang anak beliau.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku. Diikuti dengan ucapan Encik Mahfot bin Juni, PPT (GPK Pentadbiran) dan ucapan Encik Safuan bin Haji Dimyati (YDP PIBG). Seterusnya hadirin dihidangkan dengan tayangan klip video "Jasamu Dikenang" yang disediakan oleh Unit ICT dibawah kelolaan Encik Azmon Bin Haji Amat Kamari.
Majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan iaitu Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah. Persembahan pelajar dan acara memotong pulut kuning menyusul selepas itu. Dalam acara memotong pulut kuning , Tuan Guru Besar dan isteri saling suap-menyuap pulut kuning. Nostalgia pengantin baru diimbas kembali. Majlis menjadi gamat dengan usikan pengacara majlis iaitu Encik Mohd Feisal bin Mohd Pop.

Acara disambung dengan penyampaian hadiah dan cenderahati. Beliau juga turut menerima sijil persaraan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.Selesai majlis penyampaian cenderahati, para tetamu dan semua pelajar telah dijamu dengan jamuan nasi minyak. Majlis diakhiri dengan perarakan pulang . Dikesempatan itu , pelajar-pelajar SK Seri Mawar telah berbaris dan berpeluang untuk bersalaman buat kali yang terakhir dengan Tuan Guru Besar yang disayangi.
Setelah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang pendidikan dengan prestasi yang cemerlang, Tuan Haji Kamaruddin pastinya bersara dengan hati tenang dan gembira. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru di SMK Song, Sarawak pada tahun 1975 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Guru Besar di SK Seri Mawar pada 2009. Selama 3 dekad berkecimpung dalam bidang pendidikan pastinya terlalu banyak jasa dan sumbangan yang ditaburkan kepada anak bangsa. SK Seri Mawar juga telah mencapai zaman kegemilangannya dari segi akademik dan ko-kurikulum di bawah kepimpinannya. Tahniah dan terima kasih Tuan Haji kerana telah berjaya memimpin SK Seri Mawar menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah Sabak Bernam.
Bersaranya Tuan Haji Kamaruddin merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat SK Seri Mawar. Pastinya kami akan merindui kepimpinan Tuan Haji yang begitu sabar, bertolak ansur dan memahami dan menghormati kami sebagai orang bawahan, sahabat dan insan sesama makhluk tuhan. Kejayaan Tuan Haji Kamaruddin mewujudkan hubungan yang cukup akrab antara pentadbir dan guru-guru serta staf sokongan yang lain inilah sebenarnya salah satu resepi kejayaan SK Seri Mawar. Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah, PPT. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran dan ditetapkan iman. Didoakan agar Tuan Haji hidup berbahagia disamping isteri tercinta dan anak-anak tersayang. Kami seluruh warga SK Seri Mawar memohon ribuan ampun dan maaf di atas segala kesilapan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkanlah makan dan minum selama kita bersama di SK Seri Mawar. Jangan lupakan kami di sini dan doakanlah agar kami mendapat "Tuan Haji Kamaruddin II" sebagai guru besar yang baru.

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI ABDULLAH,PPT


Web Photo Album Persaraan Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah,PPT
Sila klik pada album tersebut untuk melihat koleksi penuh gambar
Majlis Persaraan Tuan Guru Besar.


Selasa, 4 Ogos 2009

INGIN MENGUJI MINDA

Anda boring ? Inginkan sedikit hiburan ? Atau anda sebenarnya seorang yang hebat, tetapi tiada siapa yang menyedari kehebatan anda. Sekiranya anda dalam situasi yang sedemikian, cubalah klik link di bawah ini. Try la tengok....

UJI MINDA 1 (Teka-teki) sila KLIK SINI

UJI MINDA 2 (Teka-teki) sila KLIK SINI

Ahad, 2 Ogos 2009

SAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT BERSARA BUAT TUAN GURU BESAR


------------------------------------------------------------------------------------
>BUAT WARGA SK SERI MAWAR .SAMPAIKAN UCAPAN ANDA MELALUI BORANG DI BAWAH. UCAPAN ANDA AKAN DISIARKAN DI DALAM BLOG INI DARI MASA KE SEMASA (Ditutup . Ucapan yang dikirim selepas tarikh 14 Ogos 2009 tidak akan disiarkan. Terima kasih kepada yang sudi menyampaikan ucapan Selamat Bersara buat Tuan Guru Besar).<


create form

Name: Cikgu Anaiz (Azmon bin Haji Amat Kamari)

Ucapan anda: Assalamualaikum. Semoga Tuan Haji hidup berbahagia di samping keluarga dan sahabat kenalan. Sesungguhnya jasa dan bakti tuan sepanjang perkhidmatan pendidikan, khususnya di SK Seri Mawar amat dihargai,disanjung mulia dan dikenang selalu. Selamat bersara dan mohon maaf di atas segala kesilapan.
--
Date/Time: 2009-08-01 21:06:46 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Tok

Ucapan anda: Selamat berehat.
--
Date/Time: 2009-08-01 21:19:28 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: ziana dan nabilah

Ucapan anda: selamat bersara
--
Date/Time: 2009-08-02 18:56:03 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: ayuni&fadilah

Ucapan anda: cikgu kami mohon maaf atas kesalahan kami . selamat bersara.
--
Date/Time: 2009-08-02 18:56:30 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: MOHD AIDIL

Ucapan anda: SELAMAT BERSARA KEPADA GURU BESAR SK SERI MAWAR
--
Date/Time: 2009-08-02 18:59:02 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: sksm (Farouqi 5M)

Ucapan anda: kami dari kumpulan briged siber mengucapkan selamat bersara kepada guru
besar
--
Date/Time: 2009-08-02 20:13:39 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Fahim dan Luqman

Ucapan anda: semoga panjang umur untuk guru besar daripada Luqman.selamat besara dan semoga sihat sejahtera daripada Fahim.jasamu dikenang,daripada Luqman dan Fahim.
--
Date/Time: 2009-08-02 22:06:58 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: nur izzdamia

Ucapan anda: selamat bersara guru besar.jasa mu ku kenang hingga akhir masa.
--
Date/Time: 2009-08-02 22:13:08 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Warga PPKI SK Seri Mawar

Ucapan anda: Kami warga Pendidikan Khas ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada Tn Hj. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah sentiasa.
--
Date/Time: 2009-08-03 19:49:54 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Noor@in Sy@fiqah Noordin

Ucapan anda: Kpd Tuan Haji Kamaruddin Bin Abdullah...
Selamat Bersara Dan Panjang Umur....Kami Cayang Kat Cikgu...Doakan kami mendapat 5A dalam UPSR.....Maafkan kami semue...Misz You...

6 Maju.....
--
Date/Time: 2009-08-03 20:04:16 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: nurul badriah adhana bt abd.karim

Ucapan anda: SELAMAT BESARA CIKGU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI..TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGAJAR DAN MENDIDIK SAYA..JASA CIKGU AKAN SELALU SAYA KENANG...........:p
--
Date/Time: 2009-08-03 20:06:41 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Rafidah Bt Hashim

Ucapan anda: Assalamualaikum.. Selamat Bersara kepada Tn Hj daripada saya sekeluarga. Ampun dan maaf dipinta andainya ada kesalahan. Semoga Tn Hj sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dalam hidup. Amin..
--
Date/Time: 2009-08-03 21:06:02 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: NOR HUDA BINTI ABDUL RAHMAN

Ucapan anda: Selamat bersara.
Terima kasih di atas segala bakti dan jasa yang telah dicurahkan kepada anak bangsa.
Terima kasih cikgu.
Semoga Allah meletakkan dirimu didalam rahmat dan perlindunganNya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
--
Date/Time: 2009-08-04 07:49:32 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
MAIZATUL WAHIDA / WARGA 5M

Ucapan anda: ASSALAMUALAIKUM.....CIKGU,SAYA WAKIL DARI KLS 5M INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA,SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERKATI ALLAH,NANTI DTG SEKOLAH PAKAI BAJU CANTIK 2...YE.
--
Date/Time: 2009-08-04 19:25:31 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: alif aiman

Ucapan anda: Saya berharap tuan panjang umur disisi keluarga.
--
Date/Time: 2009-08-04 19:26:52 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: BRIGED SIBER

Ucapan anda: SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA UNTUK GURU BESAR SK SERI MAWAR YG TELAH BANYAK MENABUR JASA DAN BAKTI TERHADAP SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAWAR

SELAMAT BERSARA.
--
Date/Time: 2009-08-04 19:35:07 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: briged siber

Ucapan anda: Selamat bersara Guru Besar.Walau apa yang terjadi tabahkan hati mu.Kami tidak akan lupa jasa baktimu.Akhir kata,saya ucapkan selamat tinggal dan Asssalammualaikum.
--
Date/Time: 2009-08-04 19:56:29 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Kamarul Syakir

Ucapan anda: Selamat bersara semoga panjang umur dan murah rezeki.
--
Date/Time: 2009-08-05 07:19:48 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: muhd dinie bin adam

Ucapan anda: selamat bersara kepada guru besar semoga sihat sejahtera.
--
Date/Time: 2009-08-05 20:01:02 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Hafiz, Nizam, Helmi, Shikin, Syakira, dan Fazira.

Ucapan anda: Kami dari kelas Pendidikan Khas (BP3)..
Ingin mengucapkan Selamat Bersara. Kami doakan semoga cikgu sentiasa mendapat keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup. Ingat-ingatlah kami di sini. Kami akan merindui cikgu. wassalam
--
Date/Time: 2009-08-05 20:24:23 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: NOR AZRIN NAZIRA

Ucapan anda: Selamat bersara cikgu. Saya wakil kelas 4 maju mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Guru Besar.
--
Date/Time: 2009-08-05 21:58:23 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: FAHMI & SYAKIR

Ucapan anda: selamat bersara diucapkan kepada guru besar,moga panjang umur dan murah rezeki
--
Date/Time: 2009-08-06 18:44:51 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: hakem

Ucapan anda: assalamualaikum,semoga cikgu panjang umur&murah rezeki.
--
Date/Time: 2009-08-06 18:46:09 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: zikri

Ucapan anda: selamat bersara . semoga panjang umur.
--
Date/Time: 2009-08-06 19:16:41 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: Shafi dan Nukman

Ucapan anda: kami ucapkan selamat bersara serta panjang umur & sihat sejahtera.AMIN......
--
Date/Time: 2009-08-06 19:39:57 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: nur afiqah bt mohd janudin

Ucapan anda: saya merupakan pelajar sk seri mawar.. ingin mengucapkan selamat bersara pada Tuan Haji Kamarudin...

from: afiqah sekeluarga
--
Date/Time: 2009-08-07 01:19:58 PDT
-----------------------------------------------------------------------------------
Name: zainon abidin bin musa

Ucapan anda: selamat bersara buat cikgu kamarudin. terima kasih di atas tunjuk ajar cikgu semasa mengajar saya di smk sungai besar tahun 1980.
--
Date/Time: 2009-08-08 08:19:11 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: nur izzah

Ucapan anda: kami semua doakan cikgu berbahagia dan selamat bersara cikgu .

KAMI SAYANG CIKGU .KAMI SANJUNG JASA CIKGU.
--
Date/Time: 2009-08-08 23:38:49 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: aizad

Ucapan anda: selamat bersara cikgu jasamu dikenang jua
--
Date/Time: 2009-08-10 19:33:35 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: abdul razak

Ucapan anda: selamat bersara cikgu yg ku sayang.cikgu saya menyusun sepuluh jari ingin meminta ampun di atas kesalahan yang saya lakukan.selamat bersara cikgu yg ku sayang.
--
Date/Time: 2009-08-10 19:36:34 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: Khairunnaim bin khairudin

Ucapan anda: Selamat bersara untuk cikgu .Terima kasih kerana cikgu telah menyumbang ilmu.
--
Date/Time: 2009-08-10 19:51:02 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: MUHD RAJAIE HADIRALAIE HADI

Ucapan anda: SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA UNTUK GURU BESAR YG TERSAYANG. SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.
--
Date/Time: 2009-08-10 19:53:10 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: CIKGU RAFIDAH ROSLAY

Ucapan anda: HARI-HARI YANG TERLUANG,SEMOGA GEMBIRA SELALU BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK TERCINTA.DI SAMPING BERIBADAT JIKA ADA MASA BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA BOLEHLAH PERGI MELANCONG.MAAF JIKA ADA PERBUATAN DAN TUTUR KATA YANG TIDAK BETUL ATURANNYA.DOAKAN KAMI KELUARGA SK SERI MAWAR TERUS MENITI KEJAYAAN.
--
Date/Time: 2009-08-12 18:28:10 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: mohd alias bin arsat

Ucapan anda: moga-moga segala yang dicurahkan kepada anak-anak bangsa ada manfaatnya
--
Date/Time: 2009-08-12 18:50:43 PDT
------------------------------------------------------------------------------------
Name: KELAS 5M

Ucapan anda: ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT BERSARA KEPADA TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI ABDULLAH SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERKATI ALLAH.
--
Date/Time: 2009-08-12 20:56:19 PDT
------------------------------------------------------------------------------------