SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 29 Ogos 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Ramadhan datang lagi.


Sabda Rasulullah saw.:"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Sabda Rasulullah saw:"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan kepada semua warga SK.Seri Mawar.

Khamis, 28 Ogos 2008

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-51










Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-51 telah dilangsungkan pada 28 Ogos 2008. Pengisian program telah dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi, diikuti dengan dengan ucapan Tuan Guru Besar. Program disambung dengan bacaan perutusan sempena kemerdekaan daripada Tuan Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. Tidak ketinggalan, ia dimeriahkan dengan persembahan mendeklamasikan sajak yang disampaikan oleh adik Farhan Hazim. Sebagai penutup majlis, guru-guru dan semua pelajar SK. Seri Mawar telah menyanyikan lagu-lagu patriotik secara bersama-sama sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Merdeka, merdeka, merdeka.

"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"

Selasa, 19 Ogos 2008

Hari Keluarga SK.Seri Mawar


Di kompleks letak kereta .


Berbaris menunggu feri

Pengerusi BAKAT


Feri ke Pulau Pangkor

Di dalam feri

Ustaz Firdaus Bakri


Indahnya Pangkor



Di dalam van.


Ceria. Di dalam feri.


Pangkor Inn Chalet


Pertandingan bola tampar pantai


Pangkor diambang senja

Keluarga Encik Borhan Nordin


Puan Hamidah dan keluarga


Encik Mahfot dan keluarga sedang menikmati "candle light dinner"


Raja Zainalabidin sedang membaca manderem.


Sub Inspektor Noordin sedang memasang umpan.


Satu-satunya ikan yang berjaya didaratkan di Teluk Nipah.


Mencari harta lanun bawah 6 tahun.

Mencari harta lanun bawah 12 tahun

Anak dan bapak.



Anak dan ibu sahaja. Bapaknya mana?

Encik Mohd Roslan menang sebab anak dara dia tolong buat.

Ibu dan anak sedang merancang strategi .



Macam kek pisang je.

Raja Zainalabidin mengumumkan nama para pemenang .



Encik Halib menyampaikan hadiah kepada pemenang .


Johan membina istana pasir, keluarga Encik Mohd Roslan


Para peserta sedang menunggu hadiah masing-masing.


Encik Azmon menyampaikan hadiah kepada pemenang


Hari keluarga BAKAT SK.Seri Mawar telah berjaya diadakan di Pangkor Inn Chalet, Pulau Pangkor dengan jayanya pada 16 hingga 17 Ogos 2008. Walaupun tidak berjaya mengumpulkan semua keluarga warga SK.Seri Mawar, namun program yang dirancang tetap meriah dengan penyertaan 11 buah keluarga. Keluarga tersebut adalah keluarga En Mahfot bin Juni, PPT, keluarga Encik Halib bin Setan, keluarga Encik Azmon bin Haji Amat Kamari, keluarga YM Raja Zainalabidin bin Raja Mahmud, keluarga Encik Borhan Nordin bin Dimyati, keluarga Encik Mohd Roslan bin Abdul Rahman, keluarga Encik Firdaus bin Bakri, keluarga Puan Rafidah binti Roslay, keluarga Puan Hamidah binti Mohd Isa, keluarga Puan Suzana binti Musiran dan keluarga Encik Mohd Jarjani bin Abas. Ternyata semua yang turut serta dapat menyertai program yang dirancang dengan penuh minat seterusnnya menceriakan setiap aktiviti yang telah diprogramkan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti Explore Race, pertandingan Bola Tampar Pantai, pertandingan Memancing, Makan Malam (candle light dinner), Mencari Harta Lanun dan pertandingan Membina Istana Pasir. Dalam setiap pertandingan pasti adalah kalah dan yang menang. Untuk Explore Race dan pertandingan Memancing telah dimenangi oleh keluarga Encik Azmon bin Haji Amat Kamari yang juga merupakan Pengerusi BAKAT sesi 2007-2008. Pertandingan Bola Tampar pantai pula dimenangi oleh kumpulan Encik Halib bin Setan. Dalam pertandingan Mencari Harta Lanun katergori bawah 6 tahun tempat pertama di menangi oleh adik (anak kepada Encik Firdaus Bakri)dan untuk kategori bawah 12 tahun pula , tempat pertama dimenangi oleh adik Muhammad Alif Amzar bin Azmon. Keluarga Encik Roslan bin Abdul Rahman telah mengungguli pertandingan Membina Istana Pasir. Tahniah kepada para pemenang. Ternyata objektif hari keluarga tersebut iaitu untuk merapatkan lagi silaturrahim semua keluarga yang turut serta telah dapat dicapai. Pengerusi serta ahli jawatankuasa BAKAT mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan dan memohon kemaafan sekiranya program yang telah dilaksanakan tidak menepati selera dan terdapat salah silap semasa kami mengelolakan program tersebut. Dengan ini, Program “Jom Pi Pangkor” dengan rasminya ditutup. Kita jumpa lagi di lokasi yang lain tahun hadapan.

Isnin, 11 Ogos 2008

Karnival Bakat Si Cilik

Farhan Hazim menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar

Karnival Bakat Si Cilik yang diadakan di SK. Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam pada 9 Ogos 2008, telah berjaya melahirkan sebutir bintang buat SK.Seri Mawar. Di dalam karnival yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar pra sekolah itu, seorang pelajar SK.Seri Mawar telah berjaya menjadi johan dalam acara mendeklamasikan sajak. Pelajar yang dimaksudkan ialah adik Farhan Hazim bin Japri. Semoga dengan kejayaan adik Farhan Hazim ini dapat membakar semangat rakan-rakan yang lain dalam apa juga pertandingan yang disertai. Tahniah sekali lagi buat adik Farhan Hazim bin Japri.

Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri

Lukman Hakim bin Muryono menerima sijil daripada Tuan Guru Besar



Seorang pelajar SK.Seri Mawar telah terpilih untuk menyertai Perkhemahan TKRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah) Peringkat Negeri Selangor baru-baru ini. Pelajar yang dimaksudkan ialah adik Lukman Hakim bin Muryono. Perkhemahan yang diadakan di selama 4 hari 3 malam itu bermula pada 1 hingga 4 Ogos 2008 bertempat di SK. Sungai Buaya, Banting, Selangor. Apa yang diharapkan ilmu yang dikutip di perkhemahan tersebut dapat dicurahkan kepada rakan-rakan yang lain.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Cuti Pertengahan Penggal II

Cuti pertengahan penggal kedua akan bermula pada 16 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Sekolah akan dibuka semula pada 25 Ogos 2008. Diharapkan kepada semua pelajar SKSM agar dapat mengulangkaji pelajaran pada masa cuti tersebut. Elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Walaupun bercuti, pelajaran jangan sekali-kali dilupakan.

Namun begitu, pelajar-pelajar tahap dua masih dikehendaki hadir ke sekolah untuk mengikuti kelas SBT dan kelas tambahan mengikut jadual yang ditetapkan.

Selamat bercuti dan jumpa lagi.

Selasa, 5 Ogos 2008

PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

Pada 19 dan 20 Ogos 2008 (Selasa dan Rabu), guru-guru SKSM akan menduduki PTK berpusat di SMK Munshi Abdullah. Semoga berjaya.

Jom Pi Pangkor


BAKAT (Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan) SK.Seri Mawar akan mengadakan Hari Keluarga 2008 bertempat di Pulau Pangkor. Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga SKSM dan keluarga masing-masing. Program tersebut dijadualkan pada 16 dan 17 Ogos 2008. Antara aktiviti yang dirancang pada hari tersebut adalah seperti mencari harta karun, pertandingan memancing, sukaneka, bola tampar pantai, makan malam (ala-ala BBQ) ,snorkling, island tour dan bermacam-macam lagi.


Jom Pi Pangkor

Isnin, 4 Ogos 2008

Bacaan Yassin UPSR



Program Bacaan Yassin dan Motivasi Ibu Bapa Bersama Pelajar telah diadakan pada 25 Julai 2008 (Jumaat). Bacaan Yassin telah diketuai oleh Tuan Haji Salleh bin Husin .Beliau seterusnya telah menyampaikan ceramah motivasinya kepada ibu bapa dan pelajar tahun 6. Majlis bacaan Yassin ini akan diteruskan pada setiap hari Jumaat sehinggalah menjelang UPSR pada bulan September 2008. Ibu bapa pelajar tahun 6 dijemput hadir untuk membaca Yassin bersama-sama. Bersama-samalah kita berusaha demi kejayaan anak-anak tersayang.

Bulan Kecergasan


















Pada 23 Julai 2008 , SK Seri Mawar telah mengadakan Sambutan Bulan Kecergasan. Pelbagai acara dijalankan. Antaranya ialah senamrobik dan kuiz kesihatan. Program yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Sungai Air Tawar merangkap Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Mohd Safuan bin Haji Dimyati. Program telah berjalan dengan meriahnya.




" Badan Sihat Otak Cerdas"

Sejarah SK.Seri Mawar


Persekolahan Sekolah Melayu Sungai Ayer Tawar dimulakan pada 2 September 1923 atas daya usaha penduduk kampung dan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini di asaskan oleh Penghulu Kulup Abdul Rahman bin Salleh, Imam Abu Bakar @ Haji Mustafa bin A1ias dan Ketua Kampung Haji Abdul Rahman bin Haji Ehsan.
Bangunan sekolah yang dibina dari kayu-kayu hutan itu roboh dipukul ribut pada 22 Ogos 1928. Pada September 1929 sepintu kedai telah di sewa di pekan Sungai Air Tawar untuk dijadikan bilik darjah. Bangunan pertama didirikan di kawasan sekarang bersama dua rumah guru dibangunkan da1am bulan Februari 1930. Mula digunakan pada 22 Mac 1930. Pada 9 Januari 1949 sebuah bangunan tambahan telah dibina oleh penduduk kampung dan mula digunakan pada 23 Januari 1949. Bangunan tersebut dibesarkan lagi pada 14 Ogos 1952. Dalam tahun l959, bangunan kampung itu telah diambil alih oleh kerajaan dan diganti dengan atap zink berlantaikan simen. Akhirnya bangunan ini juga roboh dipukul ribut dalam tahun 1966.
Pada tahun 1964 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru empat bilik darjah. Bangunan ini mula digunakan dalam tahun 1965. Hampir lima tahun 1966-1971 sekolah ini telah menjalani dua sessi pagi dan petang kerana tidak dapat menampung pertambahan murid-murid. Masalah dua sessi telah dapat diatasi dengan terbina bangunan baru dua tingkat pada April 1971 yang mula dibina pada akhir tahun 1970. Pada tahun 1982 didirikan dua blok bangunan dua tingkat dan mula digunakan pada awal persekolahan tahun 1983. Pada Julai 1993 dua unit rumah guru dibina bagi menggantikan rumah lama yang dirobohkan pada akhir Disember 1991.
Mulai 16 Februari 1994 Sek.Keb.Sg.Air Tawar telah bertukar nama kepada Sek. Keb. Seri Mawar.