SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 30 Januari 2014

Pelancaran Program Nilam SK Seri Mawar 2014

Khamis, 30/1/2014 Pelancaran Program Nilam Peringkat sekolah SK Seri Mawar, program ini telah dilancarkan oleh Guru Besar En.Zulkipli Bin Sarbini. Diharapkan program ini dapat memupuk minat murid supaya membaca menjadikan budaya.


Ikrar Pelajar


Ikrar Pelajar


Ikrar Pelajar


Ikrar Pelajar


 Mengetuai Ikrar Pelajar


Perasmian Pelancaran Program Nilam SK Seri Mawar 2014


Guru Penyelaras Pusat Sumber Pn.Rafidah Bt Roslay









Program Maju Diri Pendidikan Islam 2014

Program Maju Diri Pendidikan Islan yang dikendalikan oleh Ustazah Hjh.Zamiyah Bt.Md.Said dan Ustazah Rokhaizan Bt Jahrani, Program ini menyentuh tentang tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pelajar. 









Program Maju Diri Sains 2014

Hari ke 3 masih meneruskan lagi Progarm Maju Diri bagi slot Sains yang dikendalikan oleh Guru Panitia Sains yang cukup berpengalaman iaitu Pn.Hjh.Normadiah Bt wahid, bersama Cik Siti Nuraein Bt Ahmad. Semoga murid-murid dapat menambahkan lagi kemahiran dan teknik-teknik menjawab soalan.










Rabu, 29 Januari 2014

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 2014

Majlis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bermula pada jam 11.30 pagi hari ini, Alhamdulillah majlis berjalan lancar yang dirasmikan oleh YB.Tn.Hj.Kamarol Zaki B.Hj.Abd.Malik . Penyerahan yang disampaikan oleh Yang Berhormat diiringi Guru Besar dan YDP PIBG SK Seri Mawar kepada Ibu bapa dan penjaga murid.



Buku Program Bantuan Khas Awal Persekolahan


Ketibaan YB.Tn.Hj.Kamarol Zaki B.Hj.Abd.Malik, PJK


Pendaftaran Ibu Bapa 


Bermulanya majlis dengan bacaan doa


Ucapan Guru Besar


Ucapan YB.Tn.Hj.Kamarol Zaki B.Hj.Abd.Malik, PJK


Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Kepada ibu bapa



Penyampaian Cenderamata Guru Besar Kepada Yang Berhormat


Penyampaian cenderamata Guru Besar Kepada YDP PIBG Tn.Hj.Mohd Safuan B.Hj.Dimyati

Program Maju Diri 2014

Selasa 29/1/2014, jam 8.00 pagi sambungan Program Maju Diri 2014 Slot Matematik bersama Pn.Rafidah Roslay, bermulanya program dengan bacaan surah 3 Qul dan terjemahan bertujuan menerapkan murid-murid memperolehi keberkatan sebelum memulakan program. Program ini menekankan teknik-teknik menjawab dan menguji tahap kecekapan IQ murid-murid, dan aktivi kumpulan. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rafidah atas perkongsian pengalaman anda. Semoga mendapat manfaat kepada murid-murid SK Seri Mawar dan sukses.



Selasa, 28 Januari 2014

Makluman Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Makluman kepada Ibu bapa / penjaga murid SK Seri Mawar diminta hadir ke Sekolah pada hari esok bertarikh 29/1/2014 jam 11.30 pagi untuk menerima Bantuan Khas Awal  Persekolahan RM100, bertempat Dewan SK Seri Mawar. Pihak Sekolah mohon kerjasama tuan/puan dan mengucap ribuan terima kasih atas keperihatinan anda.


PROGRAM MAJU DIRI 2014

Hari ini pada jam 8 Pagi 28/1/2014 bermulanya Program Maju Diri 2014 melibatkan murid tahap 2, Program terbahagi kepada 2 slot iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Program ini menjalankan aktiviti murid untuk persediaan awal peperiksaan seperti teknik-teknik menjawab soalan dan menguji minda tahap kecekapan murid-murid.
Terima kasih kepada guru yang bertugas pada hari ini :

En.Mohd Feisal B.M.Pop (Guru Cemerlang Bahasa Inggeris)
Pn.Azeemah Bt Mesvan ( Guru Panitia Bahasa Inggeris)
Pn.Norkhalwani Bt Samudi ( Guru Panitia Bahasa Melayu)




Lagu Transformasi Pendidikan Negara


Saksikan Lagu Transformasi Pendidikan Negara nyanyian Hafiz dan Stacy

Isnin, 27 Januari 2014

Program Maju Diri SK Seri Mawar 2014

PROGRAM MAJU DIRI (MURID) 2014


Program Maju Diri dilaksankan setiap hari Isnin selama setengah jam selepas perhimpunan. Guru bertugas akan mengendalikan program tersebut. Program tersebut meliputi disiplin dan motivasi murid.

PROGRAM MAJU DIRI (GURU) 2014



Manakala untuk Program Maju Diri Guru pula. Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan akan memberikan taklimat dan maklumat terkini mengenai perkara-perkara terkini berkaitan sekolah dan murid. Selain itu, terdapat juga perkongsian maklumat dari rakan-rakn guru yang lain. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan jurang komunikasi antara guru bagi melancarkan pentadbiran sekolah.

Sabtu, 25 Januari 2014

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR 2014

Program Kepimpinan Pelajar yang dianjurkan Unit Disiplin SK Seri Mawar pada 
25/1/2014 hari Sabtu, bertempat Dewan SK Seri Mawar.




Guru Besar Sk Seri Mawar menyampaikan ucapan kata-kata aluan pembuka tirai


penglibatan murid yang terlibat dalam program seminar kepimpinan pelajar




Penceramah Jemputan
ENCIK SYAMSUL AMRI BIN HJ.ISMAIL
Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Jumaat, 24 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2014M Peringkat Sekolah Sk Seri Mawar


Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014m peringkat sekolah berjalan lancar atas kerjasama Guru-guru dan kakitangan yang terlibat untuk menjayakan program tersebut.




Merakam Gambar Guru-guru dan kakitangan SK Seri Mawar



Program sambutan Maulidur Rasul yang dijalankan di Dewan SK Seri Mawar


Murid-murid mambuat perarakan Sepanduk Sambutan Maulidur Rasul





Pengerusi majlis Program Sambutan Maulidur Rasul En.Naim Bin Saim


Ucapan Guru Besar Sempena Sambuatan Maulidur Rasul







Penceramah jemputan Ustaz Kumberat B.Sodikin yang memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul