SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 26 Februari 2010

Majlis Perpisahan Ustaz Firdaus bin Bakri@Hasyim


25 Februari 2010 merupakan hari terakhir Ustaz Firdaus Bakri berkhidmat di SK Seri Mawar. Beliau yang telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas, akan memulakan tugas barunya di SK Sungai Terap di Tanjong Karang. Warga SK Seri Mawar merakamkan ucapan tahniah kepada beliau. Selamat bertugas di tempat baru dan mohon maaf di atas segala salah dan silap.

Rabu, 24 Februari 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Tetamu dan VIP



Dari meja pendaftaran.


Ucapan-ucapan


Ibu bapa dan penjaga yang hadir............. tahniah.


Hadiah sabar menanti




Mesyuarat Agung PIBG 2010 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 24 Februari 2010. Mesyuarat yang bermula pada pada pukul 3.00 petang ini telah dirasmikan oleh Wakil Khas kepada ADUN Sungai Air Tawar iaitu Encik Mohamad bin Kimin. Antara jemputan VIP yang hadir terdiri daripada Yang Berbahagia Datuk Dzulkifli bin Ismail (Pengerusi Eksekutif Dimara Holdings) , wakil PPD Sabak Bernam, Pegawai Bomba Sabak Bernam dan Ketua Balai Polis Sungai Air Tawar. Turut hadir bersama ialah mantan Guru Besar iaitu Tuan Haji Kamaruddin bin Abdullah.

Jumaat, 12 Februari 2010

Promosi Nestle ke Sekolah


Rabu, 10 Februari 2010.
12.30 tengahari.
Budak-budak memang suka dapat minum milo percuma.
TQ, Nestle.

Sabtu, 6 Februari 2010

Wifi Zone




SK Seri Mawar telah melangkah setapak lagi dalam bidang ICT dengan menjadikan sekolah sebagai 'Wifi Zone'. Kemudahan wifi yang disediakan dengan capaian yang telah dinaik taraf kepada 2mbps ini sememangnya amat-amat diperlukan di sekolah ini seiring dengan keperluan zaman. Berbekalkan 3 acces point, kemudahan yang telah disediakan sejak tahun 2008 ini boleh dinikmati oleh warga SK Seri Mawar di mana-mana juga kawasan sekolah. Diharapkan , kemudahan yang disediakan oleh Makmal ICT ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh warga sekolah.

Selasa, 2 Februari 2010

Penyampaian Hadiah 5A UPSR

Lensa Kamera

Tarikh : 29 Januari 2010
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Mawar, SK Seri Mawar.
Tetamu Kehormat : Yang Berbahagia Dato' Dzulkifli bin Ismail.