SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 16 Disember 2011

Selasa, 15 November 2011

Majlis Persaraan Tuan Haji Mohd Zailani bin Ahyar, PJK (Guru Besar SKSM)


TARIKH : 18 NOVEMBER 2011
HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI MAWAR
PAKAIAN LELAKI : BAJU MELAYU (BERSAMPIN & BERSONGKOK)
PAKAIAN WANITA : SOPAN

IBU BAPA/ PENJAGA SK SERI MAWAR DIJEMPUT HADIR.

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011




TARIKH: 16 NOVEMBER 2011
HARI : RABU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI MAWAR

Ibu bapa/penjaga dijemput hadir.

Rabu, 5 Oktober 2011

Sambutan Hari Raya 2011


Sempena Aidil Fitri, SK Seri Mawar telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada. 26 September 2011. Sambutan kali ini turut dihadiri oleh ibu bapa penjaga SK Seri Mawar. Pelbagai juadah dihidangkan sempena majlis tersebut. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar ceria dengan menggayakan baju raya masing-masing.

Jumaat, 22 Julai 2011

Mesyuarat Perkongsian Pintar LINUS

Mesyuarat Perkongsian Pintar LINUS Zon Sungai Air Tawar telah diadakan pada 22 Julai 2011. SK Seri Mawar telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Guru Besar sekolah Zon Sungai Air Tawar. Antara lain agenda mesyuarat tersebut adalah membincangkan berkaiatan program LINUS yang dijalankan oleh sekolah masing-masing . Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan PPD ini juga turut digunakan untuk membentangkan laporan perjalanan Program LINUS di sekolah. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Fasilinus PPD Sabak Bernam.

Rabu, 16 Februari 2011

Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2011

Tarikh : 9 Februari 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Munshi Abdullah

SK Seri Mawar telah menghantar 9 orang peserta untuk menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada 4 orang peserta lelaki (L3) dan 5 orang peserta perempuan (P3). Berkat usaha dan latihan yang dijalankan 5 orang pelajar telah berjaya mendapat hadiah. Pasukan perempuan juga telah dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan. Sementara itu, 3 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daeraah Sabak Bernam ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri yang akan dijalankan di Klang. Mereka ialah :
1. Khairul Azhar bin Marhalim.
2. Vinitha a/p Davatas
3. Vanitha a/p Davatas
Tahniah diucapkan.


Vinitha a/p Davatas (Ke-2)

Vanitha a/p Davatas (Ke-3)

Yugesh a/p Vasu (Ke-10)


Turigesvary a/p Viran (ke-14)


Khairul Azhar bin Marhalim (Ke-4)

Khamis, 27 Januari 2011

Motivasi Tahun 6 dan Ibu bapa Penjaga

Motivasi pelajar dan ibu bapa tahun 6 kali pertama telah berjaya diadakan di Dewan Seri Mawar pada 27 Januari 2011 (Khamis). Motivasi ini bertujuan untuk:
  • Membentuk semula sikap anak-anak agar berusaha gigih demi masa depan mereka.
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
  • Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran.
  • Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.
  • Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.
  • Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
  • Mengasah kemahiran belajar.
  • Mengajar strategi belajar.
  • Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.
  • Memartabatkan maruah bangsa dan agama.

Tuan Haji Ghazali bin Ismail - Penceramah Undangan.


Pelajar-pelajar mengikuti penuh minat.


Ibu bapa penjaga yang hadir. Tahniah dan terima kasih.



Terima kasih Tuan Haji Ghazali bin Ismail, kerana sudi menerima jemputan kami.


Penceramah yang diundang ialah Tuan Haji Ghazali bin Ismail. Penyampaian yang bersahaja dan diselang-selikan dengan jenaka telah berjaya menarik minat pelajar dan ibu bapa penjaga untuk mengikuti program ini hingga keakhirnya. Diharapkan agar pelajar-pelajar tahun 6 dapat mengikuti saranan-saranan dan nasihat yang telah diberikan oleh penceramah agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik serta mempunyai sahsiah yang terpuji disamping menjadi anak yang soleh/solehah.

Kejohanan Merentas Desa 2011

Tarikh : 26 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa : 3.30 petang.




Pemenang kategori perempuan.
1. Vinitha a/p Devatas
2. Turigesvry a/p Viran
3. Vanitha a/p Devatas
4. Malliga a/p Murugan
5. Rachel a/p Murugan
6. Yugesh a/p Vasu



Pemenang kategori lelaki.
1. Khairul Azhar bin Marhalim
2. Muhammad Aliff Nazreen bin Adnan
3. Muhd Amirul Ashraf bin Abdul Rahman
4. Nor Azri Akhbar bin Syamsul
5. Nor Mohd Haikal bin Nordin
6. Mohd Syukri bin Badarani


Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.

Rabu, 26 Januari 2011

Mesyuarat Agung BAKAT 2011

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan atau BAKAT telah menjalankan mesyuarat Agungnya pada 25 Januari 2011 bertempat di Dewan Seri Mawar. Di dalam mesyuarat tersebut, Cikgu Wan Ismail bin Abdul Razak telah dipilih sebulat suara menyandang jawatan sebagai pengerusi untuk sesi 2011-2012 menggantikan Ustaz Raja Zainalabidin bin Raja Mahmud. Antara usul yang diketengahkan dalam mesyuarat tersebut ialah menaikkan yuran bulanan ahli. Susulan daripada itu, ahli-ahli BAKAT telah bersetuju untuk menaikkan yuran daripada RM5.00/bulan kepada 4 kategori yuran.
1. Pentadbir RM100/tahun.
2. Guru RM80.00/tahun.
3. Kakitangan bukan akademik RM50.00/tahun.
4. Kakitangan swasta RM30.00/tahun.

Ustaz Raja Zainalabidin mempengerusikan mesyuarat.


Ahli-ahli BAKAT.


Selasa, 25 Januari 2011

Perlantikan Pengawas 2011

Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 24 Januari 2011. Pada hari tersebut, pengawas-pengawas ini telah menerima watikah perlantikan masing-masing. Penyampaian watikah perlantikan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Mohd Zailani bin Ahyar,PJK. Selepas menerima watikah perlantikan, mereka juga telah melafazkan ikrar menerima dan akan menjalankan tugas sebagai pengawas seperti mana yang diamanahkan. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Zul Waqar bin Abdul Khalim Khafidz yang juga merupakan ketua pengawas SK Seri Mawar sesi 2011.


Bacaan ikrar diketuai oleh Zul Waqar bin Abdul Khalim Khafidz.


Pengawas Pusat Sumber 2011.


Pengawas Sekolah 2011.