SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 27 Januari 2011

Motivasi Tahun 6 dan Ibu bapa Penjaga

Motivasi pelajar dan ibu bapa tahun 6 kali pertama telah berjaya diadakan di Dewan Seri Mawar pada 27 Januari 2011 (Khamis). Motivasi ini bertujuan untuk:
  • Membentuk semula sikap anak-anak agar berusaha gigih demi masa depan mereka.
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
  • Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran.
  • Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.
  • Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.
  • Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
  • Mengasah kemahiran belajar.
  • Mengajar strategi belajar.
  • Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.
  • Memartabatkan maruah bangsa dan agama.

Tuan Haji Ghazali bin Ismail - Penceramah Undangan.


Pelajar-pelajar mengikuti penuh minat.


Ibu bapa penjaga yang hadir. Tahniah dan terima kasih.



Terima kasih Tuan Haji Ghazali bin Ismail, kerana sudi menerima jemputan kami.


Penceramah yang diundang ialah Tuan Haji Ghazali bin Ismail. Penyampaian yang bersahaja dan diselang-selikan dengan jenaka telah berjaya menarik minat pelajar dan ibu bapa penjaga untuk mengikuti program ini hingga keakhirnya. Diharapkan agar pelajar-pelajar tahun 6 dapat mengikuti saranan-saranan dan nasihat yang telah diberikan oleh penceramah agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik serta mempunyai sahsiah yang terpuji disamping menjadi anak yang soleh/solehah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan