SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 26 Januari 2011

Mesyuarat Agung BAKAT 2011

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan atau BAKAT telah menjalankan mesyuarat Agungnya pada 25 Januari 2011 bertempat di Dewan Seri Mawar. Di dalam mesyuarat tersebut, Cikgu Wan Ismail bin Abdul Razak telah dipilih sebulat suara menyandang jawatan sebagai pengerusi untuk sesi 2011-2012 menggantikan Ustaz Raja Zainalabidin bin Raja Mahmud. Antara usul yang diketengahkan dalam mesyuarat tersebut ialah menaikkan yuran bulanan ahli. Susulan daripada itu, ahli-ahli BAKAT telah bersetuju untuk menaikkan yuran daripada RM5.00/bulan kepada 4 kategori yuran.
1. Pentadbir RM100/tahun.
2. Guru RM80.00/tahun.
3. Kakitangan bukan akademik RM50.00/tahun.
4. Kakitangan swasta RM30.00/tahun.

Ustaz Raja Zainalabidin mempengerusikan mesyuarat.


Ahli-ahli BAKAT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan