SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 24 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Hari Guru 2010 telah disambut dengan meriah pada 21 Mei 2010. Walaupun agak terlewat daripada tarikh sambutan yang sebenar, ia tidak memudarkan seri dan kemeriahan sambutan kali ini. Pelbagai acara dijalankan pada hari tersebut. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Bacaan perutusan hari guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia menjadi aturcara dalam perhimpunan rasmi tersebut.
Perlawanan bola tampar menyusul selepas itu. Apa yang lebih menarik, penonton juga turut dihiburkan dengan dengan dendangan lagu daripada kugiran Roni & The Gang. (Terima kasih diucapkan kepada Encik Zahroni serta kumpulannya kerana sudi menaja band tersebut).
Tamat acara di padang, majlis diteruskan pula dengan dengan acara dewan. Ucapan daripada Ketua Murid, Yang Dipertua PIBG dan Guru Besar mengambil tempat. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru dan nyanyian guru lagu Guru Malaysia yang diketuai oleh Encik Halib bin Setan. Majlis turut di meriahkan dengan dua persembahan daripada pelajar-pelajar SK Seri Mawar.

Majlis memotong kek sumbangan daripada Bank Rakyat , Sungai Besar juga telah memeriahkan lagi sambutan hari tersebut. (Terima kasih Bank Rakyat).


Acara kemuncak pada hari tersebut adalah majlis bertukar-tukar hadiah . Gurauan dan sorakan ketika majlis bertukar-tukar hadiah telah menggamatkan suasana . Kepada yang mendapat hadiah yang bersaiz 'mega' tahniah diucapkan.

Warna magenta yang menjadi tema tema pada sambutan kali ini juga telah berjaya mememeriahkan lagi sambutan hari guru kali ini. Majlis di akhiri dengan jamuan makan.

Di kesempatan ini, SK Seri Mawar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2010.

Sabtu, 15 Mei 2010

Program Perkongsian Pintar dan Sukan Peringkat Kebangsaan 2010

Program Perkongsian Pintar dan Sukan Peringkat Kebangsaan yang julung-julung kalinya diadakan telah berjaya disempurnakan dengan jayanya pada 15 Mei 2010. Program yang telah diilhamkan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Mawar (Tuan Haji MOhd Zailani bin Akhyar, PJK) ini sebenarnya sangat besar ertinya buat pelajar-pelajar khususnya buat pelajar tahun 6. Program yang bertaraf kebangsaan ini telah memberi peluang kepada palajar yang menyertainya mendapatkan sijil peringkat kebangsaan.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah berkayak dan kuiz 3K. Sebanyak 3 buah sekolah menyertai acara berkayak iaitu SK Seri Mawar, SK Parit Baharu dan SK Simpang 4 BNO. Kuiz 3K pula telah disertai oleh SK Seri Mawar, SK Teluk Buluh, Hutan Melintang Perak, SK Parit Baru, SK Simpang 4 BNO , SJKC Moon Teck dan SK Sungai Tengar.

Pertandingan kayak kategori lelaki dan perempuan berkumpulan. Johan untuk kedua-dua kategori dimenangi oleh SK Seri Mawar.


Kuiz 3K. Johan SK Seri Mawar, Naib Johan SK Parit Baru dan Ketiga SK Teluk Buluh.



Majlis Penyampaian Hadiah



Juruleeetih kayak peringkat 'kebangsaan'.


Majlis perasmian penutup telah disempurkan oleh YB Datuk Abdul Rahman bin Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam yang turut menyediakan peruntukan untuk program tersebut. Terima kasih Datuk.


SK Seri Mawar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut khususnya kepada YB Datuk Abdul Rahman bin Bakri, Guru-guru Besar sekolah yang mengambil bahagian, JKKK Kpg Sungai Air Tawar, Ketua -ketua Kampung, Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Klik untuk download koleksi penuh Prog. Perkongsian Pintar & Sukan Peringkat Kebangsaan 2010.

Gotong-Royong Perdana 2010

Gotong Royong Perdana 2010 telah diadakan dengan dengan jayanya pada 12 Mei 2010 (Rabu). Gotong-royong yang diadakan mulai jam 3.00 petang itu disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Seri Mawar, ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan semua pelajar-pelajar tahap 2. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena gotong-royong tersebut. Antaranya memangkas pokok, membersihkan kawasan sekitar sekolah, membersihkan surau, semua bilik-bilik khas dan semua bilik darjah. Kerjasama yang erat dikalangan warga SK Seri Mawar dan jawatankuasa PIBG telah memudahkan dan melancarkan program tersebut berjalan. Ucapan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga buat semua yang terlibat menjayakan program tersebut.