SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 24 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Hari Guru 2010 telah disambut dengan meriah pada 21 Mei 2010. Walaupun agak terlewat daripada tarikh sambutan yang sebenar, ia tidak memudarkan seri dan kemeriahan sambutan kali ini. Pelbagai acara dijalankan pada hari tersebut. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Bacaan perutusan hari guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia menjadi aturcara dalam perhimpunan rasmi tersebut.
Perlawanan bola tampar menyusul selepas itu. Apa yang lebih menarik, penonton juga turut dihiburkan dengan dengan dendangan lagu daripada kugiran Roni & The Gang. (Terima kasih diucapkan kepada Encik Zahroni serta kumpulannya kerana sudi menaja band tersebut).
Tamat acara di padang, majlis diteruskan pula dengan dengan acara dewan. Ucapan daripada Ketua Murid, Yang Dipertua PIBG dan Guru Besar mengambil tempat. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru dan nyanyian guru lagu Guru Malaysia yang diketuai oleh Encik Halib bin Setan. Majlis turut di meriahkan dengan dua persembahan daripada pelajar-pelajar SK Seri Mawar.

Majlis memotong kek sumbangan daripada Bank Rakyat , Sungai Besar juga telah memeriahkan lagi sambutan hari tersebut. (Terima kasih Bank Rakyat).


Acara kemuncak pada hari tersebut adalah majlis bertukar-tukar hadiah . Gurauan dan sorakan ketika majlis bertukar-tukar hadiah telah menggamatkan suasana . Kepada yang mendapat hadiah yang bersaiz 'mega' tahniah diucapkan.

Warna magenta yang menjadi tema tema pada sambutan kali ini juga telah berjaya mememeriahkan lagi sambutan hari guru kali ini. Majlis di akhiri dengan jamuan makan.

Di kesempatan ini, SK Seri Mawar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2010.

1 ulasan: