Karnival ICT Sabak Bernam anjuran bersama PPD Sabak Bernam, SKMM  (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) serta pihak PKG telah diadakan  di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pada 29 hingga 31 Oktober 2010. Pelbagai acara  telah diadakan sempena karnival tersebut. SK Seri Mawar tidak  ketinggalan menyertai beberapa acara yang dipertandingkan. Antaranya  ialah PC Assamble, melukis menggunakan perisian Paint dan Pertandingan  Mewarna (Pra Sekolah). Dalam karnival tersebut dua orang pelajar SK Seri  Mawar telah berjaya mendapat Johan dan Naib Johan dalam pertandingan  melukis menggunakan perisian Paint. Pelajar yang dimaksudkan ialah  Alif Aiman bin  Mujab (Johan) dan Mohd Iqmal bin Saifuddin  (Naib Johan). Tahniah diucapkan.
Ahad, 31 Oktober 2010
Ahad, 10 Oktober 2010
Sambutan Aidil Fitri 2010
Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan pada 6 oktober  2010. Walaupun sudah berada di hujung Syawal, namun sambutannya cukup  meriah. Di samping juadah yang pelbagai buat julung kalinya juga,  sambutan kali ini dimeriahkan dengan persembahan kumpulan pancaragam  "Roni & The Gangs". Apa yang lebih menarik tetamu turut dihiburkan  dengan kemerduan suara Tuan Guru Besar di  dalam majlis tersebut.  SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Isnin, 4 Oktober 2010
Jamuan Aidil Fitri BAKAT
Jamuan Aidil Fitri (BAKAT) telah diadakan di kantin SK Seri Mawar pada 3 Oktober 2010. Majlis yang dimulakan pada jam 3.30 petang telah dihadiri oleh sebahagian besar warga SK Seri Mawar. Pelbagai juadah telah disediakan untuk tetamu yang hadir. Majlis yang seba sederhana itu telah dimulakan dengan tahlil ringkas telah berakhir pada jam 5.30 petang.

Langgan:
Ulasan (Atom)
 
 




