Khamis, 28 April 2011
Rabu, 16 Februari 2011
Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2011
Tarikh : 9 Februari 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Munshi Abdullah
SK Seri Mawar telah menghantar 9 orang peserta untuk menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada 4 orang peserta lelaki (L3) dan 5 orang peserta perempuan (P3). Berkat usaha dan latihan yang dijalankan 5 orang pelajar telah berjaya mendapat hadiah. Pasukan perempuan juga telah dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan. Sementara itu, 3 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daeraah Sabak Bernam ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri yang akan dijalankan di Klang. Mereka ialah :
1. Khairul Azhar bin Marhalim.
2. Vinitha a/p Davatas
3. Vanitha a/p Davatas
Tahniah diucapkan.
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Munshi Abdullah
SK Seri Mawar telah menghantar 9 orang peserta untuk menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada 4 orang peserta lelaki (L3) dan 5 orang peserta perempuan (P3). Berkat usaha dan latihan yang dijalankan 5 orang pelajar telah berjaya mendapat hadiah. Pasukan perempuan juga telah dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan. Sementara itu, 3 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daeraah Sabak Bernam ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri yang akan dijalankan di Klang. Mereka ialah :
1. Khairul Azhar bin Marhalim.
2. Vinitha a/p Davatas
3. Vanitha a/p Davatas
Tahniah diucapkan.
Khamis, 27 Januari 2011
Motivasi Tahun 6 dan Ibu bapa Penjaga
Motivasi pelajar dan ibu bapa tahun 6 kali pertama telah berjaya diadakan di Dewan Seri Mawar pada 27 Januari 2011 (Khamis). Motivasi ini bertujuan untuk:
- Membentuk semula sikap anak-anak agar berusaha gigih demi masa depan mereka.
- Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
- Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran.
- Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.
- Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.
- Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
- Mengasah kemahiran belajar.
- Mengajar strategi belajar.
- Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.
- Memartabatkan maruah bangsa dan agama.
Penceramah yang diundang ialah Tuan Haji Ghazali bin Ismail. Penyampaian yang bersahaja dan diselang-selikan dengan jenaka telah berjaya menarik minat pelajar dan ibu bapa penjaga untuk mengikuti program ini hingga keakhirnya. Diharapkan agar pelajar-pelajar tahun 6 dapat mengikuti saranan-saranan dan nasihat yang telah diberikan oleh penceramah agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik serta mempunyai sahsiah yang terpuji disamping menjadi anak yang soleh/solehah.
Kejohanan Merentas Desa 2011
Tarikh : 26 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa : 3.30 petang.



Pemenang kategori perempuan.
1. Vinitha a/p Devatas
2. Turigesvry a/p Viran
3. Vanitha a/p Devatas
4. Malliga a/p Murugan
5. Rachel a/p Murugan
6. Yugesh a/p Vasu

Pemenang kategori lelaki.
1. Khairul Azhar bin Marhalim
2. Muhammad Aliff Nazreen bin Adnan
3. Muhd Amirul Ashraf bin Abdul Rahman
4. Nor Azri Akhbar bin Syamsul
5. Nor Mohd Haikal bin Nordin
6. Mohd Syukri bin Badarani
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Hari : Rabu
Masa : 3.30 petang.



Pemenang kategori perempuan.
1. Vinitha a/p Devatas
2. Turigesvry a/p Viran
3. Vanitha a/p Devatas
4. Malliga a/p Murugan
5. Rachel a/p Murugan
6. Yugesh a/p Vasu

Pemenang kategori lelaki.
1. Khairul Azhar bin Marhalim
2. Muhammad Aliff Nazreen bin Adnan
3. Muhd Amirul Ashraf bin Abdul Rahman
4. Nor Azri Akhbar bin Syamsul
5. Nor Mohd Haikal bin Nordin
6. Mohd Syukri bin Badarani
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Rabu, 26 Januari 2011
Mesyuarat Agung BAKAT 2011
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan atau BAKAT telah menjalankan mesyuarat Agungnya pada 25 Januari 2011 bertempat di Dewan Seri Mawar. Di dalam mesyuarat tersebut, Cikgu Wan Ismail bin Abdul Razak telah dipilih sebulat suara menyandang jawatan sebagai pengerusi untuk sesi 2011-2012 menggantikan Ustaz Raja Zainalabidin bin Raja Mahmud. Antara usul yang diketengahkan dalam mesyuarat tersebut ialah menaikkan yuran bulanan ahli. Susulan daripada itu, ahli-ahli BAKAT telah bersetuju untuk menaikkan yuran daripada RM5.00/bulan kepada 4 kategori yuran.
Langgan:
Catatan (Atom)











