SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 19 November 2009

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2009

Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor.

Penyampaian hadiah oleh Tuan Timbalan Pengarah

Penyampaian hadiah oleh YDP PIBG


Penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Saroni bin Tasuki


Tokoh Pelajar 2009 diapit ibu masing-masing.


19 November 2009 merupakan hari kemuncak SK Seri Mawar untuk tahun 2009. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 telah diadakan untuk meraikan kejayaan-kejayaan yang diraih oleh para pelajar sepanjang tahun 2009. Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor iatu Tuan Haji Bajuri bin Abdullah. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Timbalan Pengarah menyeru agar semua pihak berganding bahu dalam meningkatkan lagi prestasi akademik Sk seri Mawar. Diharapkan dengan adanya kerjasama daripada semua pihak prestasi sekolah akan terus meningkat dan seterusnya menjadikan SK Seri Mawar sebuah sekolah yang mampu menghasilkan produk yang berprestasi tinggi.

Majlis juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Saroni bin Tasuki (Wakil Pegawai Pelajaran Daerah), Dato' Dzulkifli bin Ismail (Bapa Angkat SKSM), Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah,PPT (mantan Guru Besar), Ketua-ketua Kampung serta dif-dif jemputan yang lain.

Pelbagai anugerah dalam pelbagai kategori disampaikan di dalam majlis tersebut. Pada majlis tersebut juga dua orang pelajar telah dinobatkan sebagai tokoh pelajar. Mereka yang bertuah ialah Mohd Nukman bin Kamarul Zaki dan Nur Arina binti Zulkifli. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, jangan sesekali berputus asa. Cuba dan terus mencuba dan kalau perlu gandakan usaha anda. InsyaAllah kejayaan akan dapat digapai sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan