SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 15 April 2009

Laporan Kejohanan Hoki MSSD (R) Sabak Bernam 2009

Hari Pertama 15 Aril 2009 ( Rabu)- Lelaki bawah 12 tahun.
Walaupun padang Seri Mawar dihujani selama hampir 4 jam , Kejohanan Hoki MSSD (R) tetap dijalankan dengan meriah. Keadaan padang yang sedikit becak dan ditakungi air, tidak melemahkan semangat para pemain yang mewakili sekolah masing-masing untuk bermain dengan penuh bersemangat. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan kejohanan ini lewat dimulakan. Perlawanan pembuka tirai hanya dapat dilangsungkan kira-kira pada pukul 10.00 pagi antara pasukan tuan rumah iaitu SK. Seri Mawar bertemu dengan SK. Seri Utama. Keputusannya memihak kepada SK. Seri Mawar dengan jaringan 1-0 .
"Kita mendapat kemenangan kali pertama". Begitulah jerit penyokong-penyokong SK. Seri Mawar.
Seterusnya diikuti perlawanan antara SK. Simpang Lima bertemu dengan SK. Seri Makmur. Perlawanan yang hebat itu berakhir dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.
SK. Seri Mawar turun untuk kali yang kedua bertemu dengan pasukan SK. Seri Makmur dalam perlawanan yang ketiga. Kedua-dua pasukan mempamirkan permainan yang sama hebat. Namun di saat-saat akhir permainan, berlaku pergelutan di depan pintu gol dimana akhirnya SK. Seri Makmur dapat menjaringkan gol.
Namun jaringan itu agak sedikit kontrovesi kerana pada pandangan mata kasar dan komen para pemain SK. Seri Mawar, bola itu sebenarnya belum lagi masuk ke dalam gol. Apakan daya, wisel telah pun ditiup. Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, SK. Seri Mawar terpaksa akur dengan kekalahan 1- 0 yang kontrovesi ini.

Perlawanan yang keempat pula adalah di antara pasukan SK. Simpang Lima menentang pasukan SK. Seri Utama. Perlawanan berkesudahan dengan jaringan 1 - 0. Kemenangan di tangan SK. Simpang Lima.

Aksi sebelah petang bersambung. Namun sekali lagi hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan perlawanan seterusnya terpaksa ditangguhkan. Perlawanan hanya dapat dilangsungkan pada pukul 3. 30 petang. Pertemuan pasukan tuan rumah iaitu SK. Seri Mawar dengan pasukan SK. Simpang Lima berakhir dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan. Keadaan padang yang semakin becak menyebabkan para pemain tidak dapat mempamerkan skil-skil menarik seterusnya menyebabkan permainan menjadi kurang menarik.

Penalti flick menjadi penentu

Johan , SK. Simpang Lima
Keputusan seri tanpa jaringan juga antara SK Simpang Lima dan SK Seri Utama pada aksi perlawanan terakhir menyebabkan kedudukan pungatan mata terikat. Untuk menentukan tempat pertama dan kedua antara SK. Simpang Lima dan SK. Seri Utama penalti flick menjadi penentuannya. Di akhir aksi penalti flick, akhirnya kemenangan menjadi milik SK. Simpang Lima dengan jaringan 3 - 2.

Kedua, SK Seri Makmur

Ketiga, SK. Seri Mawar

Johan Kejohanan Hoki MSSD (R) Sabak Bernam 2009 secara rasminya adalah milik SK. Simpang Lima. Naib Johan milik SK. Seri Makmur, dan tempat ketiga dikongsi bersama oleh SK. Seri Mawar dan SK. Seri Utama. Kesemua hadiah dan sijil pemenang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK. Seri Mawar iaitu Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah, PPT . Syabas dan tahniah diucapkan.

Pemain-pemain yang berjaya mewakili Sabak Bernam

Di akhir kejohanan juga telah diumumkan 18 orang pemain yang akan menggalas nama Daerah Sabak Bernam ke Kejohanan Hoki Peringkat Negeri Selangor . Tahniah dan syabas kepada yang telah terpilih mewakili pasukan daerah. Semoga pasukan ini dapat meraih kejayaan di peringkat negeri seterusnya mengharumkan nama Sabak Bernam dalam Kejohanan Hoki MSSS .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan