SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Ahad, 25 Januari 2009

Majlis Persaraan Encik Abdul Basir bin Hassan (GPK Kokurikulum)





Pada 23 Januari 2009, SK.Seri Mawar telah mengadakan Majlis Persaraan Encik Abdul Basir bin Hasaan. Beliau yang juga merupakan GPK Kokurikulum telah berkhidmat secara rasminya selama 29 tahun 8 bulan dan 23 hari dalam bidang pendidikan.
Seorang yang berdedikasi dalam setiap tugas yang diamanahkan dan mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi liku-liku hidup. Berpegang kepada prinsip "Berterus terang, ikhlas, jujur, bertanggungjawab dan setiap kerja adalah ibadah", Encik Abdul Basir bin Hassan berusaha dan bertanggungjawab meningkatkan pencapaian kokurikulum di SK.Seri Mawar. Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab membina taman-taman dan landskap yang kini menghiasi SK.Seri Mawar. Bersaranya Encik Abdul Basir bin Hassan merupakan satu kehilangan yang besar buat warga SK.Seri Mawar.
Akhirulkalam, ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami warga SK.Seri Mawar buat Encik Abdul Basir bin Hassan. Mohon maaf. Selamat bersara dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Khamis, 22 Januari 2009

Road Run Peringkat Sekolah

Road Run peringkat sekolah telah diadakan pada 21 Januari 2009. Semua pelajar tahap 2 SK.Seri Mawar telah mengambil bahagian dalam kejohahanan ini. Antara tujuan utama kejohanan ini dianjurkan adalah untuk memilih wakil sekolah ke Pertandingan Road Run peringkat daerah. Kejohanan ini juga telah mendapat kerjasama yang padu daripada Klinik Komuniti Sungai Air Tawar. Kesediaan Klinik Komuniti Sungai Air Tawar menyediakan pasukan pertolongan yang cemas diketua oleh Pembantu Perubatan dan pegawai-pegawainya serta sokongan lengkap sebuah ambulan amat-amat kami hargai. Semoga kerjasama yang baik ini akan dapat diteruskan di masa akan datang.
Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi dilain kali.

Ahad, 26 Oktober 2008

Lawatan ke Loji Pembersihan Air Syabas , Sungai Sireh Tanjung Karang

Tarikh 25 Oktober 2008, seramai 40 orang pelajar Tahun 5, SK.Seri Mawar telah berpeluang menjejakkan kaki ke Loji Pemprosesan Air Syabas di Sungai Sireh, Tanjung Karang ,Selangor. Jemputan daripada Briged Penyelamat Sungai ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar SK.Seri Mawar mengetahui cara-cara merawat air sebelum dibekalkan kepada pengguna. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti lawatan ke loji pembersihan air, ujikaji air di makmal dan ceramah ringkas kepentingan menjaga kebersihan sungai. Layanan yang baik dan mesra pelanggan menyebabkan kami begitu selesa ketika berada di loji tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), dan pegawai-pegawai dari Briged Penyelamat Sungai kerana sudi menjemput kami sebagai tetamu anda. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Loji Pembersihan Air Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor. Terima kasih daun keladi kami ucapkan.


Sabtu, 25 Oktober 2008

Lensa Kamera_Baraan Aidil Fitri 1429 Hijrah(2008)


Di kediaman Tuan Guru Besar Tuan Hj.Kamaruddin bin haji Abdullah,PPT



Di rumah Encik Abu Shairi bin Mansor


Di rumah Encik Mahfot bin Juni,PPT


Di rumah Ustaz Cukri bin Rani


Di rumah Encik Abd. Basir bin Hassan


Di rumah Encik Halib bin Setan


Di rumah Ustazah Zamiah binti Mohd Said


Di rumah Puan Halinawati binti Abdul Halim


Di rumah Encik Mohd Jarjani bin Abas


Di rumah Encik Azmon bin Haji Amat Kamari


Jumaat, 5 September 2008

UPSR 2008




Seramai 46 orang pelajar SK. Seri Mawar akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan pada 9, 10 dan 11 September 2008. Penilaian kali ini juga merupakan penilaian pertama untuk pelajar-pelajar PPSMI yang dimulakan sejak 2003. Didoakan agar para pelajar Tahun 6 Maju dan 6 Jaya dapat menduduki peperiksaan ini dengan jayanya dan menghasilkan keputusan yang cemerlang.
SELAMAT MENDUDUKI UPSR. SEMOGA BERJAYA.