SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 3 Februari 2014

Apa itu Chromebook ?

Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer.
Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8 saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan (cloud).

Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah.
Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.
Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
  1. 1 rak pengecaj beroda chromebook
  2. 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
  3. 1 zoom Yes 4G
  4. 1 AP wireless
  5. 1 Cache Machine
  6. 1 Pencetak Awan (cloud printer)
Untuk negeri Selangor hanya 228 buah sekolah terlibat dalam projek ini sehingga hujung tahun 2013. Berikut adalah pecahan projek chromebook mengikut PPD.


sumber : http://btpnsel.edu.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan