SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 24 Jun 2009

Lawatan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

Tarikh 24 Jun 2009 telah mencatatkan satu sejarah apabila dikunjungi oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu Dr. Haji Zahri bin Aziz. Ketibaan Tuan Pengarah dan rombongannya secara mengejut sememangnya merupakan satu kejutan kepada warga SK Seri Mawar. Beliau yang dalam siri lawatan ke sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam telah sudi untuk menjenguk kami dan beramah mesra dengan warga SK Seri Mawar. Semasa berada di sini beliau telah sempat melawat Kelas Pendidikan Khas, Bilik Guru, Makmal Komputer dan kawasan persekitaran sekolah. Alhamdulillah, Tuan Pengarah menyatakan rasa berpuas hati dan gembira dengan keadaan di SK Seri Mawar. Perasaan kami yang gementar pada mulanya bertukar menjadi gembira apabila mendapati rupa-rupanya Tuan Pengarah sebenarnya seorang yang mudah mesra dan tidak lokek dengan senyuman. Terima kasih kerana sudi menjenguk kami di sini walaupun berada di hujung negeri Selangor. Keperihatinan Tuan Pengarah amat-amat kami hargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan