SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 30 Mac 2009

Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor.





Seramai 10 orang pelajar telah menghadiri Program Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Wisma Tan Sri Rozali ,Persiaran Sukan , Seksyen 13, Shah Alam pada 29 Mac 2009 (Ahad) di atas jemputan SYABAS. Program anjuran SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) ini telah menyediakan beberapa acara yang telah turut disertai oleh pelajar-pelajar SK. Seri Mawar. Antaranya adalah seperti pertandingan ‘puzzle’ , melukis poster, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Dalam acara tersebut, beberapa orang pelajar SK.Seri Mawar telah berjaya memenanginya dengan mendapat johan dan naib johan. Tahniah diucapkan.

Isnin, 16 Mac 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan Sesi 1 2009





Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Fasa 1 telah diadakan pada 14 Mac 2009. Ini merupakan sesi pertama daripada 4 sesi yang diwajibkan kepada pihak sekolah untuk melaksanakannya. Untuk sesi 1 , tajuk kursus yang dijalankan adalah Headcount, PATS, dan Pengurusan Fail. PATS disampaikan oleh Encik Mohd Feisal bin Mohd Pop, Headcount pula telah disampaikan oleh Puan Rafidah binti Roslay manakala pengurusan fail pula telah disampaikan oleh Ketua Unit Kualiti PPD Sabak Bernam. Latihan Dalam Perkhidmatan Sesi 2 akan menyusul kemudian.

Sabtu, 14 Mac 2009

Sambutan Maulidurrasul 2009










Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Mac 2009 (Jumaat). Majlis ini ini telah dianjurkan bersama oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dan Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar. Majlis dimulakan dengan perarakan dari sekolah ke masjid Ar-Rahmaniah yang telah disertai bersama oleh ibu bapa dan penjaga murid. Pihak polis , Balai Polis Sungai Air Tawar juga telah memberikan kerjasama dengan mengawal lalu lintas semasa perarakan iitu dijalankan. Ceramah Maulidurrasul pula telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad Murad bin Sadikin. Pihak sekolah merakamkamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan maslis tersebut.

Selasa, 24 Februari 2009

Pelancaran Minggu Anti Dadah & Program Nilam

Pelancaran Program Anti Dadah dan Program Nilam telah dilancarkan serentak pada 23 Februari 2009. Beberapa aktiviti telah dijalankan semasa program ini dilancarkan. Untuk Program Anti Dadah , bacaan perutusan anti dadah telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum iaitu Puan hajah Rokaayah binti Ahmad. Selain itu , sebuah sajak juga telah dideklamasikan oleh seorang pelajar iaitu Zikri Afifi bin Azlan.

Untuk Program Nilam pula, sebuah 'banner' telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar selain nyanyian koir yang disampaikan oleh pengawas pusat sumber sekolah.

Isnin, 16 Februari 2009

Lawatan Pegawai Perhubungan Awam PDRM SK.Seri Mawar


Pada 16 Februari 2009, SK. Seri Mawar telah dikunjungi oleh Pegawai Perhubungan Awam PDRM dari IPD Sabak Bernam. Beliau ialah Sarjan Norham bin Kosnan. Kehadirannya ke Sk. Seri Mawar adalah untuk memperkenalkan diri dan memberi sedikit ceramah serta nasihat kepada warga SK. Seri Mawar tentang peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh murid-murid. Ceramahnya juga ada menyentuh tentang keselamatan murid-murid semasa pergi dan balik dari sekolah. Semoga dengan adanya kerjasama dari semua pihak, iklim disiplin di SK. Seri Mawar yang baik ini akan bertambah baik lagi di masa akan datang.