SELAMAT DATANG KE PORTAL SK SERI MAWAR
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sabtu, 13 November 2010

Keputusan UPSR 2010

3 orang pelajar SK Seri Mawar telah berjaya mendapat 5A. Mereka ialah:
1. Muhammad Fitri bin Ahmad Faisol.
2. Alif Aiman bin Mujab.
3. Amira Afiqah binti Mohd Noh.
Alif Aiman bin Mujab, Amira Afiqah bt Mohd Noh dan Mohd Fitri bin Ahmad Faisol

Sementara itu seramai 6 orang pelajar telah berjaya mendapat 4A IB. Peratus keseluruhan pula ialah 79%. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar tahun 6 (2010). Perjalanan kalian masih panjang. Teruskan berusaha semoga anda berjaya.

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah telah berlangsung pada 11 November 2010. Majlis yang dirasmikan oleh Ybh. Datuk Dzulkiffli bin Ismail (Pengerusi D'Mara Holdings Sdn.Bhd) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Antara tetamu yang turut hadir ialah Encik Zakiuddin bin Abdul Hamid (wakil PPD Sabak Bernam), Tuan Haji Yusuf bin Jamaluddin(Imam 1 Masjid Ar-Rahmaniah), Ketua-ketua Kampung dan ibu-bapa penjaga SK Seri Mawar.

Ucapan-ucapan dan bacaan doa.


Konvokesyen Pra Sekolah dan jemputan yang hadir.


Persembahan Pelajar Tahun 6.


Pelbagai kategori hadiah disampaikan di dalam majlis tersebut khususnya dalam bidang akademik. Dua orang pelajar telah terpilih sebagai tokoh pelajar bagi tahun 2010. Muhammad Fitri bin Ahmad Faisol tokoh pelajar lelaki dan Amira Afiqah binti Mohd Noh pula dipilih sebagai tokoh pelajar perempuan. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima hadiah dan anugerah. Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Jadikanlah ia pembakar semangat untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.

Ahad, 31 Oktober 2010

Karnival ICT Sabak Bernam 2010

Karnival ICT Sabak Bernam anjuran bersama PPD Sabak Bernam, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) serta pihak PKG telah diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pada 29 hingga 31 Oktober 2010. Pelbagai acara telah diadakan sempena karnival tersebut. SK Seri Mawar tidak ketinggalan menyertai beberapa acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah PC Assamble, melukis menggunakan perisian Paint dan Pertandingan Mewarna (Pra Sekolah). Dalam karnival tersebut dua orang pelajar SK Seri Mawar telah berjaya mendapat Johan dan Naib Johan dalam pertandingan melukis menggunakan perisian Paint. Pelajar yang dimaksudkan ialah Alif Aiman bin Mujab (Johan) dan Mohd Iqmal bin Saifuddin (Naib Johan). Tahniah diucapkan.


Mohd Iqmal bin Saifuddin (Naib Johan) dan Alif Aiman bin Mujab ( Johan) bersama hadiah masing-masing.

Ahad, 10 Oktober 2010

Sambutan Aidil Fitri 2010

Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan pada 6 oktober 2010. Walaupun sudah berada di hujung Syawal, namun sambutannya cukup meriah. Di samping juadah yang pelbagai buat julung kalinya juga, sambutan kali ini dimeriahkan dengan persembahan kumpulan pancaragam "Roni & The Gangs". Apa yang lebih menarik tetamu turut dihiburkan dengan kemerduan suara Tuan Guru Besar di dalam majlis tersebut. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.


Kumpulan Roni & The Gangs


Hari Raya 1Malaysia


Tuan Guru Besar menghiburkan para tetamu.


Antara tetamu yang hadir.



Isnin, 4 Oktober 2010

Jamuan Aidil Fitri BAKAT

Jamuan Aidil Fitri (BAKAT) telah diadakan di kantin SK Seri Mawar pada 3 Oktober 2010. Majlis yang dimulakan pada jam 3.30 petang telah dihadiri oleh sebahagian besar warga SK Seri Mawar. Pelbagai juadah telah disediakan untuk tetamu yang hadir. Majlis yang seba sederhana itu telah dimulakan dengan tahlil ringkas telah berakhir pada jam 5.30 petang.



Bihun sup


Nasi impit