SK Seri Mawar mendapat Boss (Guru Besar) baru. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Mohd Zailani bin Akhyar. Bekas guru besar SK Simpang 4 BNO yang terkenal dengan kelestarian dalam 3K ini telah melaporkan diri ke SK Seri Mawar pada 17 Ogos 2009. Warga SK Seri Mawar mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada beliau. Semoga dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Zailani ini ,dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Seri Mawar.
Jumaat, 21 Ogos 2009
Khamis, 20 Ogos 2009
Hadirmu Ramadhan Al-Mubarak
Andai tiada apa halangan insyaAllah kita akan menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Penuhilah ia dengan amalan kebaikan.
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK
Sabtu, 15 Ogos 2009
Majlis Persaraan Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah PPT - Guru Besar SK Seri Mawar 2009
Persaraan Tuan Guru Besar SK Seri Mawar , Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah, PPT telah diadakan secara gilang-gemilang pada 14 Ogos 2009 ( Jumaat). Majlis turut dihadiri Puan Hajah Shamsiah binti Dato' Jamaluddin ( PPD Sabak Bernam), YBH Datuk Dzulkifli bin Ismail yang juga merupakan bapa angkat SK Seri Mawar, Wakil Khas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Encik Mohd Safuan bin Haji Dimyati (Pengerusi JKKKP), Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Tuan Haji Darmin bin Lagiman (Mantan Ketua Kampung SG. Air Tawar) dan Guru-guru Besar Daerah Sabak Bernam .
Acara dimulakan dengan perarakan masuk Tuan Guru Besar dengan diiringi paluan kompang oleh pasukan kompang SK Seri Mawar.
Tuan Haji Kamaruddin yang segak berbaju melayu berwarna hijau turut diiringi oleh isteri tersayang iaitu Puan Hajah Zaiton dan tujuh daripada lapan orang anak beliau.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku. Diikuti dengan ucapan Encik Mahfot bin Juni, PPT (GPK Pentadbiran) dan ucapan Encik Safuan bin Haji Dimyati (YDP PIBG). Seterusnya hadirin dihidangkan dengan tayangan klip video "Jasamu Dikenang" yang disediakan oleh Unit ICT dibawah kelolaan Encik Azmon Bin Haji Amat Kamari.
Majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan iaitu Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah. Persembahan pelajar dan acara memotong pulut kuning menyusul selepas itu. Dalam acara memotong pulut kuning , Tuan Guru Besar dan isteri saling suap-menyuap pulut kuning. Nostalgia pengantin baru diimbas kembali. Majlis menjadi gamat dengan usikan pengacara majlis iaitu Encik Mohd Feisal bin Mohd Pop.
Acara disambung dengan penyampaian hadiah dan cenderahati. Beliau juga turut menerima sijil persaraan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
Setelah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang pendidikan dengan prestasi yang cemerlang, Tuan Haji Kamaruddin pastinya bersara dengan hati tenang dan gembira. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru di SMK Song, Sarawak pada tahun 1975 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Guru Besar di SK Seri Mawar pada 2009. Selama 3 dekad berkecimpung dalam bidang pendidikan pastinya terlalu banyak jasa dan sumbangan yang ditaburkan kepada anak bangsa. SK Seri Mawar juga telah mencapai zaman kegemilangannya dari segi akademik dan ko-kurikulum di bawah kepimpinannya. Tahniah dan terima kasih Tuan Haji kerana telah berjaya memimpin SK Seri Mawar menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah Sabak Bernam.
Bersaranya Tuan Haji Kamaruddin merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat SK Seri Mawar. Pastinya kami akan merindui kepimpinan Tuan Haji yang begitu sabar, bertolak ansur dan memahami dan menghormati kami sebagai orang bawahan, sahabat dan insan sesama makhluk tuhan. Kejayaan Tuan Haji Kamaruddin mewujudkan hubungan yang cukup akrab antara pentadbir dan guru-guru serta staf sokongan yang lain inilah sebenarnya salah satu resepi kejayaan SK Seri Mawar. Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah, PPT. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran dan ditetapkan iman. Didoakan agar Tuan Haji hidup berbahagia disamping isteri tercinta dan anak-anak tersayang. Kami seluruh warga SK Seri Mawar memohon ribuan ampun dan maaf di atas segala kesilapan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkanlah makan dan minum selama kita bersama di SK Seri Mawar. Jangan lupakan kami di sini dan doakanlah agar kami mendapat "Tuan Haji Kamaruddin II" sebagai guru besar yang baru.
SELAMAT BERSARA TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI ABDULLAH,PPT
Web Photo Album Persaraan Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah,PPT
Sila klik pada album tersebut untuk melihat koleksi penuh gambar
Majlis Persaraan Tuan Guru Besar.
Sila klik pada album tersebut untuk melihat koleksi penuh gambar
Majlis Persaraan Tuan Guru Besar.

Selasa, 4 Ogos 2009
INGIN MENGUJI MINDA
Anda boring ? Inginkan sedikit hiburan ? Atau anda sebenarnya seorang yang hebat, tetapi tiada siapa yang menyedari kehebatan anda. Sekiranya anda dalam situasi yang sedemikian, cubalah klik link di bawah ini. Try la tengok....
UJI MINDA 1 (Teka-teki) sila KLIK SINI
UJI MINDA 2 (Teka-teki) sila KLIK SINI
Ahad, 2 Ogos 2009
SAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT BERSARA BUAT TUAN GURU BESAR

------------------------------------------------------------------------------------
>BUAT WARGA SK SERI MAWAR .SAMPAIKAN UCAPAN ANDA MELALUI BORANG DI BAWAH. UCAPAN ANDA AKAN DISIARKAN DI DALAM BLOG INI DARI MASA KE SEMASA (Ditutup . Ucapan yang dikirim selepas tarikh 14 Ogos 2009 tidak akan disiarkan. Terima kasih kepada yang sudi menyampaikan ucapan Selamat Bersara buat Tuan Guru Besar).<
create form
Langgan:
Catatan (Atom)